Lamborghini remvk selepas 20minit keluar dari pengedar

SEBUAH kereta mewah Lamborghini baharu remvk di lebuh raya, selepas hanya 20 minit kenderaan itu keluar dari pengedar.

Model Hurucan Performante bernilai £215,000 (RM1.14 juta) terbabit dalam k3malangan selepas dirempih oleh sebuah van semasa berhenti di lorong tiga M1 berhampiran Leeds, Yorkshire di United Kingdom.

K3malangan berlaku pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan di lebuh raya menghala selatan, antara Junction 40 di Flushdyke dan Junction 39 di Durkar.

Jurucakap polis mendakwa pemandu van itu cedera ringan di kepala akibat rempuhan itu.

Polis trafik West Yorkshire, Richard Whitely memuat naik gambar kereta Lamborghini itu di laman Twitter.

“Itu hanya sebuah kereta! Tetapi Lamborghini yang baru berusia 20 minit yang berhenti kerana masalah mekanikal di lorong tiga, dirempuh dari belakang (oleh sebuah kenderaan).

Kemalangan itu mengakibatkan kesesakan di lebuh raya, sebelum ia dibuka semula untuk trafik pada pukul 2.15 petang waktu tempatan.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sumber : transformasi.pw