Tragedi Bot Terbalik: Hasrat Keluarga Melihat Jasad Termakbul, M4yat Keenam Akhirnya Ditemui

Hasrat keluarga Harun Daud, yang juga mngsa tragedi bot terbalik untuk melihat jasad arwh dan dikebumikan akhirnya termakbul, apabila m4yat lelaki itu ditemui, 4.19 petang hari ini.

M4yat Harun berusia 57 tahun ditemui terapung oleh nelayan yang sedang memancing, 21 batu nautika dari Jeti Perikanan Kemasin.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Shamsulmuddin Sulaiman berkata, pihaknya menerima maklumat nelayan itu sebelum disahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) yang tiba di lokasi pada 4.50 petang.

” M4yat mngsa dibawa ke jeti dan tiba pada 7 malam dan identitinya dikenal pasti selepas pengecaman dibuat anak mangsa, berdasarkan pakaian dan seluar dipakai.

” Kita turut menemui satu telefon bimbit dan dompet mengandungi pengenalan diri atas nama mngsa,” katanya dalam sidang media di Jeti Perikanan Kemasin, Bachok, hari ini.

May4t mngsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu, untuk bedah siasat.

Penemuan itu menjadikan angka korban tragedi bot terbalik seramai enam orang, manakala dua lagi masih hilang iaitu Arman Ismail, 43, dan Che Wadi Bakar, 40.

Sementara itu, hujan ‘mengiringi’ jnazah Harun yang juga bekas penghulu Kampung Pengkalan Pasir ketika tiba di rumahnya, sekali gus menambah kepiluan isteri, Rusniwati Abdullah, 50, dan anaknya.

Abang Harun, Sufri Daud, 60, berkata, keluarga reda dan bersyukur kerana kurang tiga jam solat hajat dilakukan, mngsa akhirnya ditemui seolah-olah memberi jawapan kepada solat dan doa mereka sejak kehilangannya empat hari lalu.

Luahan anak arwh

” Saya reda abah selamat atau tidak, itu sahaja doa saya,” luah Nur Aliya Harun, 19, anak Harun Daud.

Nur Aliya, yang berada di lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR), Jeti Perikanan Kemasin, kelihatan lemah dan tidak bermaya, namun terus bertahan menanti khabar bapanya yang ketika itu masih belum diketahui nasibnya.

Sebaik diberitahu SAR ditangguhkan kerana cuaca gelap, dia kembali berasa sedih memikirkan bapanya yang masih belum ditemui, namun akur dengan prosedur standard operasi (SOP) pihak penyelamat.

” Kami sekeluarga akur dengan keputusan agensi keselamatan untuk sambung mencari abah esok (hari ini). Saya terus kuatkan diri, selain memberi semangat buat ibu, Rusniwati Abdullah, 50, dan adik-beradik yang lain.

” Kali terakhir saya berjumpa dan bersalam dengan abah ketika dia menghantar saya ke sekolah, pagi semalam, memandangkan saya pelajar Tingkatan Enam yang baru sahaja memulakan sesi parsekolah susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

” Tiada sebarang perubahan, malah seperti biasa dia mengukir senyum dan melambai saya ketika tiba sekolah. Saya juga tahu hasratnya ke laut kerana abah selalu pergi mencandat sotong,” katanya ketika ditemui di Jeti Perikanan Kemasin, semalam.

Sumber: malaysiaunited.my