Kedutaan Amerika Pilih Lagu Standing In The Eyes Of The World Sempena Kemerdekaan, Ella Luah Akui Teruj@

RATU Rock Ella berbangga dan teruj@ apabila Kedutaan Amerika Syarikat di sini memilih lagunya Standing In The Eyes Of The World untuk diberi nafas baru bersempena Hari Kemerdekaan negara itu.

Ella berkata dia terus bersetuju sebaik dihubungi pihak kedutaan AS untuk merealisasikan projek yang menggabungkan artis tempatan dan AS termasuk dirinya itu.

“Mereka menghubungi saya sekitar sebulan yang lalu dan kami terus berbincang untuk projek ini. Sebagai warga Malaysia, saya sentiasa berbangga dan senang hati setiap kali membawakan lagu ini di mana sahaja.

“Oleh itu, saya sangat teruja bila diberitahu yang kedutaan AS memilih lagu Standing In the Eyes Of The World untuk kerjasama antara Malaysia dan penyanyi tempatan mereka.

“Terbukti, muzik secara ilmiah mampu untuk menyatukan masyarakat sedunia. Kita berbicara menerusi lagu. Terima kasih diucapkan kepada mereka dan harap semua suka versi baharu lagu ini,” katanya.

BARISAN penyanyi yang terbabit dalam rakaman terbaharu lagu Standing In The Eyes Of The World nyanyian asal, Ella.

Berkongsi lanjut, Ella juga sangat gembira dengan sentuhan serta susunan baru lagu berkenaan yang dibuat komposer terkenal, Helen Yap.

“Versi ini pastinya berbeza kerana lagu asal  saya rakam sekitar 1998. Sentuhan Helen dengan komposisi baru membuatkan lagu ini lebih segar, ditambah pula

dengan alunan tiupan seruling Mohar,” katanya.

Selain Ella dan Mohar, artis tempatan yang turut menyumbang suara adalah Zee Avi. Manakala artis AS yang terbabit termasuk bekas pemain gitar utama Guns N’ Roses, Ron “Bumblefoot” Thal, Tony Memmel, Gabrielle Stravelli, ReVoiced, dan Farewell Angelina.

Projek ini turut membabitkan pemain genderang Band of the Pacific Angkatan Tentera Udara AS. Band berkenaan juga pernah membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Sarawak pada  2018 dan LIMA pada 2019.

kredi: harian metro