“Lepas P0st Sajad Terus Pad4m,” Tapi Ayat Dia Pasal Keluar Dari Ag4ma IsIam Cetus Pers0alan Ramai

Minggu ini boleh dikatakan cerita pasal Sajad berada dalam carta nombor satu yang mendapat tumpuan warganet.

Ceritanya bukanlah berkisarkan benda yang boleh dibanggakan, namun kntroversi yang seperti sengaja dibuat-buat demi melariskan produk beliau.

Kerana apa, kerana akhirnya selepas memuat naik gambar yang dipertikaikan ramai seperti berbik1ni, pasti akan diselitkan dengan iklan produk beliau.

Sajad atau nama sebenar beliau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman bukan sekadar usahawan kosmetik, beliau kini beralih kepada perniagaan lain seperti emas.

Meskipun boleh diandaikan tindakan Sajad tidak lebih sekadar mahu melariskan produk beliau, namun itu tidak sepatutnya menjadi lesen yang menghalalkan beliau berbuat perkara ditegah agama.

Malah ramai yang sudah banyak menasihati beliau supaya mengubah perangai yang beliau miliki demi kebaikan masyarakat sekeliling daripada terkena b4la.

Mungkin mereka lebih suka aku keluar (IsIam)

Sementara itu menerusi perkongsian terbaru Sajad yang dimuat naik di Insta story beliau, Sajad meluahkan rasa sedih kerana dia menganggap orang ramai tidak sukakan beliau secara peribadi.

Bahkan Sajad cuba mengaitkan orang ramai lebih suka beliau keluar dari agama IsIam.

” Kalau betul lah agama IsIam benci orang seperti aku, dan aku tak layak berpegang kepada agama IsIamku..dan semua orang nak jatuh hukvman terhadapku dengan melandaskan agama yang aku pegang..

” Mungkin mereka lebih suka aku keluar demi mereka dapat pahala.. sedih dan pilu untuk aku luahkan perkara ini..”, luah beliau.

Sajad tidak menyatakan beliau mahu keluar dari agama IsIam, tapi mengaitkankan orang lain seolah-olah mahu melihat beliau keluar dari IsIam adalah sangat tidak munasabah.

Sedangkan orang ramai sebenarnya mahu melihat beliau kembali dan patuh kepada ajaran IsIam.

” Orang tegur kau sebab orang sayang kau..syukurlah ramai sayang dan mahu ko berubah. Takde maknanya orang nak suruh kau keluar IsIam” komen Samsul.

” Jika kita sendiri tak boleh patuh pada ajaran IsIam, jangan plak tuduh orang nak kau keluar IsIam bila orang menegur” komen Safik

Akan tetapi, masih ramai orang diluar sana masih prihatin dan mahu supaya Sajad diberi hidayah daripada Tuhan Yang Maha Pemberi Hidayah supaya beliau terus berubah menjadi yang terbaik.

Meskipun sebegitu, Sajad masih mahukan doa semua supaya dia mendapat nur cahaya ke arah yang lebih baik.

Moga moga ada satu jalan penyelesaian yang cukup bernas sehingga hal yang asyik diulang sama ini sudah pupus dan hilang begitu sahaja.

Sumber : HCL, Media Kita