Simbah anak dengan air panas hingga m4ti, pasangan suami isteri dipenjara 27 tahun

PASANGAN suami isteri yang menyimb4h anak lelaki mereka berusia lima tahun dengan air panas sehingga meningg4l dunia dijatuhi hukuman penjara4 27 tahun pada Isnin.

Ridzuan Mega Abdul Rahman, 28, diperintah menjalani hukuman penjar4 selama 27 tahun dengan 24 sebat4n.

Isteri Ridzuan, Azlin Arujunah, 28, juga menerima hukuman penjar4 bagi tempoh yang sama tetapi dikenakan hukuman penjar4 tambahan selama setahun sebagai pengganti hukuman seb4t, lapor Straits Times.

Pasangan itu menyimb4h anak mereka dengan air panas sebanyak empat kali antara 15 dan 22 Oktober 2016 di sebuah rumah flat didiami mereka dekat Toa Payoh, Singapura.

Mangs4 dibawa ke hospital selepas tidak sedarkan diri semasa kejadian kali keempat.

Kanak-kanak itu meningg4l dunia akibat k3cederaan par4h yang dialaminya selepas mel3cur 75 peratus di badannya pada 23 Oktober 2016.

Pasangan tersebut turut melakukan beberapa pendera4n lain terhadap mangs4 termasuk mengurvngnya di dalam sangkar haiwan.

Mangs4 turut dipukvl dengan penyapu manakala tapak tangannya juga melecvr selepas ditekap dengan sudu panas.

Pasangan tersebut yang tidak bekerja didakwa melakukan pembunuh4n itu dengan niat untuk mendatangkan kec3deraan terhadap anak mereka. Xinhua

Sumber:mstar