Keluarga Paling Besar Di Dunia, Lelaki Ini Ada Hampir 100 Orang Anak

Sebelum ini, keluarga Radford yang berada di Britain amat dikenali kerana mempunyai seramai 22 anak, tetapi kini warga net pasti terkejut kalau tahu tentang sebuah keluarga besar di India.

keluarga paling besar di dunia, lelaki ini ada hampir 100 orang anak

Ziona Chana, seorang lelaki berusia 74 tahun mempunyai 39 isteri dan hasil daripada perkahwinan berpoligami dikurniakan 94 orang anak.

Macam mana rumah mereka? Keluarga besar ini mendiami sebuah mansion empat tingkat yang mempunyai 100 buah bilik bersama-sama 14 menantu perempuan dan 33 cucu.

Manakala, anak-anak perempuannya yang sudah berkahwin tinggal berasingan dengan suami masing-masing.

keluarga paling besar di dunia, lelaki ini ada hampir 100 orang anak

Ziona merupakan seorang pemimpin mazhab Kristian, Chana Pawl yang diasakan pada 1942 oleh ayahnya.

Mazhab ini membenarkan lelaki mengahwini seberapa ramai wanita yang mereka sukai.

Jadi bagaimana mereka menampung keperluan makanan dengan keluarga sebesar ini? Keluarga ini menanam pelbagai sayur-sayuran di kawasan kediaman mereka.

keluarga paling besar di dunia, lelaki ini ada hampir 100 orang anak

Ziona juga mempunyai sistem penggiliran untuk bermalam bersama mana-man isterinya.

Sumber: Daily Star