Lelaki Ini Penlng Cari Tangki Nak Isi Petrol, Tak Sed@r Dia Pandu Kereta Elektrik

Itu yang berlaku ke atas seorang lelaki, apabila cubaannya untuk mengisi minyak ke dalam kereta elektrik Tesla berjaya dirakam pemandu lain — sebelum ia dimuatnaik dan tular di media sosial.

Memetik laporan Arab News, kejadian melucukan itu berlaku di sebuah stesen minyak di Las Vegas.

Pemandu Tesla Model 3 itu dilihat memegang nozzle sambil tercari-cari di mana letaknya tangki minyak kereta tersebut. Tak berpuas hati, sampai ke bonnet kereta turut diperiksa.

Kecewa dan mungkin dah habis pening dibuatnya, lelaki tersebut kemudian cuba mencari penyelesaian menerusi telefon bimbitnya — sebelum tersedar, dia dah buat satu kesilapan melucukan.

Rakaman berdurasi 3.31 minit ini mendapat ribuan tontonan dan reaksi pelbagai daripada pengguna lain.

Sumber:Lobak Merah