Majlis makan-makan keluarga sempena tamat ‘lockdown’ berakhir traged!… 14 disahkan positif, seorang jadi korb4n Covid-19

GARA-GARA menganjurkan majlis makan-makan dan perjumpaan kecil bagi meraikan tamatnya perintah berkurung, seramai 14 individu daripada keluarga yang sama disahkan positif Covid-19, manakala seorang lagi meningg4l dunia akibat wab4k berkenaan.

Lelaki bernama Tony Green menganjurkan pertemuan kecil di kediamannya selepas berbulan-bulan tidak bertemu dengan ahli keluarganya yang lain ekoran penularan Covid-19.

Bagaimanapun, pertemuan tersebut berakhir dengan tr4gis selepas 14 daripada mereka positif Covid-19.

Ayah mentua Tony, Rafael Ceja terpaksa bergantung kepada ventilator sejak dua minggu lalu, manakala ibu kepada Ceja pula terkorb4n akibat wab4k tersebut.

“Semua orang meyakinkan saya bahawa itu bukan salah saya, tetapi itu adalah kediaman saya. Saya tuan rumah, dan wab4k tersebar kerana idea saya yang mengumpulkan keluarga.

“Saya fikir semuanya akan baik-baik saja. Kami bahkan tidak keluar, hanya di rumah bersama. Saya mengalami masa yang sukar dengan apa yang berlaku,” kata Tony.

Tony sendiri terpaksa menerima rawatan di hospital kerana wab4k tersebut, dan dia bersama saudaranya yang lain kini beransur pulih. – Metro.co.uk

Sumber:mstar