Insan Terpilih Rakyat Malaysia Tak Sangka Dapat Tunai Haji Masa C0vid-19

Seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi, Fawziya Mohamed tidak menyangka terpilih bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini selepas bilangan jemaah dihadkan berikutan penularan wabak Covid-19.

Menurut laporan Alhijrah Online, wanita berusia 38 tahun itu sukar percaya dengan rezeki ‘tiket emas’ yang diterima selepas dihubungi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Ini adalah kali pertama saya akan menunaikan haji. Alhamdillah, saya sangat bersyukur kerana idak menyangka saya mendapat peluang sekali seumur hidup ini,” katanya menerusi laporan Hajj Media.

Selain itu, beliau menganggap peluang tersebut adalah sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada 28 Julai ini.

Memetik laporan The Malaysian Insight pula, Fawziya menjadi antara lapan rakyat Malaysia terpilih yang terdiri daripada pelajar serta pekerja di Arab Saudi.

Terdahulu, jumlah jemaah haji pada tahun ini dikurangkan hanya untuk 1,000 jemaah sahaja oleh kerajaan Arab Saudi yang akan bermula pada 29 Julai ini berbanding jutaan jemaah sebelum ini.

Sumber : Alhijrah Online , Hajj Media , The Malaysian Insight, Berita Alhijrah