Sambut Anniversary Perkahwinan, Foto2 ‘Dating’ Ustaz Don Dan Isteri Tarik Perhatian

Baru menyambut ulang tahun perkahwinan yang kelapan beberapa hari yang lepas, foto Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid bersama isteri telah tular di media sosial.

Bergambar dengan gaya santai dan penuh karisma, Ustaz Don serta isterinya Dr Husna Zahry Rafie telah mendapat pujian warganet kerana terlihat style.

Namun begitu, foto mereka ‘dating’ bagi menyambut ulang tahun perkahwinan di sebuah restoran di hotel begitu menarik perhatian warganet.

Foto-foto tersebut telah dimuat naik oleh isteri Ustaz Don dengan ucapan romantis kepada suami selepas pendakwah muda itu memuat naik ucapan buat isterinya sebelum ini.

Dalam kapsyen yang ditulis isteri Ustaz Don, Dr. Husna memberi bayangan bahawa bakal menimang anak keempat selepas mempunyai 3 orang anak lelaki sebelum ini.

Hal tersebut pastinya membuatkan ramai kenalan dan warganet ternanti-nanti berita gembira tersebut yang sama-sama berasa seronok melihat kebahagiaan pasangan ini.

Oleh hal yang demikian, menerusi Instagram, rata-rata warganet telah mengucapkan selamat hari ulang tahun perkahwinan buat pasangan ini dan sempat menitipkan ucapan tahniah andai benar bakal menimang seorang lagi cahaya mata tidak lama lagi.

Mereka juga mengakui suka melihat kebahagian Ustaz Don dan isteri yang terlihat sangat sepadan dan mendoakan agar mereka terus bahagia hingga ke Jannah.

Sumber: Ustaz Don Daniyal, Husnazahry