Nyanyian Lagu Cuppycake Dari Anak Kecil Ini Bikin Ramai ‘Cair’

Gelagat anak-anak kecil memang sukar dijangka. Tiada apa yang dapat menghentikan anak-anak kecil ini dan kadang-kadang mampu memberikan hiburan kepada orang lebih dewasa. Berperwatakan polos, tanpa sebarang cela, anak-anak selalunya memiliki sifat keriangan mereka tersendiri.

Terbaru satu video nyanyian lagu Cuppycake dari anak kecil ini membuatkan ramai terhibur. Menerusi video pendek itu kedengaran anak kecil tersebut menyanyikan lagu Cuppycake dengan lancar sekali. Malah mimik mukanya sangat comel membuatkan ramai yang ‘tepikat’ menonton video tersebut.

Berikut adalah video anak kecil menyanyikan semula lagu Cuppycake yang dikongsikan semula oleh satu akaun Twitter:

Alahai comel sangatlah adik ini! Nyanyiannya cukup lancar dan comel sekali! Video nyanyian lagu Cuppycake oleh anak kecil ini telah meraih lebih 832 ribu tontonan dan 85 ribu likes serta 54 ribu retweets. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai video tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Masih kecil udah lancar sangat bahasa Inggerisnya salute!”

“Aku je ke yang tengok sambil terangkat-angkat kening ni aduhaii comel lahh”

“Muka macam anak patung”

Untuk info, penyanyi asal lagu Cuppycake ini sememangnya seorang anak kecil perempuan bernama Amy Castle. Berikut adalah video penyanyi asal lagu ini yang ditemui di Youtube:

Sumber: Twitter, kecoh habis