Setahun Tak Muncul, Alif Satar Kembali Masuk ‘Live’ Solat Jumaat

Sekiranya diimbas kembali tahun lalu, kisah selebriti serba boleh iaitu Alif Satar banyak disiarkan terutama mengenai kemunculannya menerusi siaran langsung ketika solat Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Terbaru, Alif atau nama penuhnya Muhammad Alif Mohd Satar seolah-olah ‘kembali’ membuat kemunculan apabila sekali lagi dirakam lensa kamera yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.

Menerusi laman Instagram, selebriti berusia 30 tahun itu memuat naik paparan skrin visual yang merakam dirinya sedang mendengar khutbah sambil menyandar pada sejadah lipat.

“Ni bukan ngantuk la, ni khusyuk! p/s baru tahu dekat @rtm_malaysia ada jugak penterjemah waktu khutbah untuk golongan bermasalah pendengaran,” katanya.

Posting tersebut dipenuhi gurauan serta usikan pengikut Alif dimana terhibur dengan wajahnya yang sering ‘dikehendaki’ oleh jurukamera RTM sehingga hampir setiap Jumaat muncul di kaca televisyen.

Sumber : Alif Satar , JAKIM, Kecoh habis