‘Rupanya Gurauan Semalam Adalah Terakhir Kalinya…’

Setiap manusia akan diuji dengan bentuk ujian yang berbeza-beza. Ada yang diuji dengan kesusahan mahupun kesenangan termasuklah seperti kesak1tan, ketakvtan, kemisk1nan, keh1langan harta atau keh1langan orang tersayang.

Seperti perkongsian yang dibuat oleh seorang lelaki ini di laman Facebooknya apabila berdepan keh1langan seorang figura yang bergelar abang yang menggalas tanggungjawab selepas kemat1an bapa. Hanya dikenali sebagai Dato Andak Puaka, dia berkongsi kisah sedih pemergian abangnya yang mudah dan indah.

Allah kasih, Allah sayang, beliau merupakan abang yang sulung daripada 14 adik-beradik. Menggalas tanggungjawab sebagai abang setelah arw4h kak long meningg4l. Dia juga menggalas tanggungjawab sebagai ayah selepas arw4h Ba meningg4l dunia. Jasa-jasa arwah sangat banyak dan tak terkira. Cuma eg0 kami sahaja yang mengatakan arw4h tiada jasa. Maklumlah adik-beradik tak satu kepala.

Dia tanggung persekolahan adik-beradiknya yang lain dan juga dia t4nggung adik-adik yang belum mendapat gaji pertama juga, yang ada gaji pun dia tolong-tolong jugak. Lebih-lebih lagi aku yang mula-mula pindah Kuala Lumpur sebelum ni. Dia dan kakak ipar yang banyak bagi duit belanja untuk aku. Apatah lagi berhabis banyak juga untuk pihak ibu serta semua keluarga.

Patutlah dari musim PKP lagi rasa nak jumpa dia dan dapat jumpa selama 2 hari berturut kelmarin dulu. Semalam dia masuk hospital tak sempat jumpa. Senyuman semalam adalah yang terakhir aku saksikan. Senyuman yang menyatakan dia sudah bersedia untuk pergi buat selamanya. Kelmarin, 24 Ogos 2020 bila adik buat panggilan video group whatsapp family, aku jawab, rupanya dia tengah sakit dan mohon maaf pada semua adik beradik dan mama. Aku letak terus telefon dan gapai kunci terus pecvt pergi jumpa dia di Langat rumah mertua dia.

Sentuhan terakhir buatku apabila aku dapat mengusap serta mengurut badannya. Kemudian kami membuat panggilan video pada mama dan aku cakap kat mama kulit tangan abang chaq dah sama macam kulit mama. Rupanya, keesokan harinya 25 Ogos 2020, aku bersama adik pergi lagi jumpa dia. Siap kami gurau-gurau lagi. Biarpun kami tahu kami sebelum ini ada eg0 masing-masing tapi apabila melibatkan sakit, semuanya terasa walau hanya dipend4m dan ambil langkah diam.

Ciuman tangan yang terakhir kalinya ku ucup pada hari tu. Siangnya dia ke hospital bersama isteri tercinta yang menyayangi dan menjaganya dengan kasih sayang. Gurauan dia pada 26 Ogos 2020 sebelum ke Hospital Serdang dalam van ambulans pun dah menggelikan hati isteri dan adik beradik serta mama. Namun rupanya gurauan semalam adalah terakhir kalinya dari arw4h. Lafaz sebelum aku berpisah dengan dia adalah satu iaitu lafaz LailahaillAllah.

Kemudian baru aku balik malam itu. Aku nampak solatnya tetap dilaksanakan walaupun dia sakit. 27 Ogos 2020 pagi, abang Chaq pergi tanpa aku sempat memelvk buat kali terakhir. Sungguh aku nak dakap dua hari sebelumnya tapi aku takvt keh1langan abang chaq, tetapi pagi ini abang Chaq dah tak berny4wa. Semoga isteri dan anak-anak arwah tabah dalam menghadapi hidup seterusnya dan arw4h di tempatkan dikalangan orang yang beriman.

Sumber : Dato Andak Puaka