Group ‘”Anak Sepahkan Apa Hari Ini?” Makin Popular, Ibu Ayah Kongsi Perangai Anak-Anak Di Rumah Cuit Hati Netizen

Satu group yang kian popular di laman Facebook masa kini iaitu Anak Sepahkan Apa Hari Ini? mencuit hati ramai orang dengan gelagat dan telatah anak-anak di rumah.

Group yang mengumpul kira-kira 71,856 para ibu bapa yang berkongsi gelagat anak-anak di rumah yang sering membuat sepah dan tujuan penubuhan group ini adalah untuk melihat perkembangan kanak-kanak dari semasa ke semasa.

Pendek kata, group Anak Sepahkan Apa Hari ini diawasi oleh seorang pakar Pediatric Occupational Therapist yang akan mengupas lebih lanjut tentang tumbesaran anak-anak anda.

Jika anda dapat lihat di dalam group ini, pelbagai karenah dan gelagat yang mencuit hati daripada anak-anak kecil.

Sumber: Facebook Anak Sepahkan Apa Hari Ini