Wanita Jadi Loudspeaker, Tolong Peniaga Jual Pelam Tepi Jalan

Pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi apabila menceburi bidang perniagaan. Peniaga perlu bersifat kuat semangat dan tidak mudah putus asa, serta sanggup bersusah payah dahulu sebelum dapat merasakan kesenangan di kemudian hari.

Pada hari ini juga lebih ramai yang cuba melibatkan diri dalam perniagaan terutamanya akibat daripada impak wabak Covid.

Jika kebanyakkan peniaga lebih selesa mengiklankan perniagaan mereka di media sosial, ada juga yang sanggup berpanas untuk mempromosikan jualan mereka di tempat awam, seperti yang dapat dilihat dalam sebuah video yang tular di Twitter.

Video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter Adlinkamilaa itu menunjukkan seorang lelaki sedang memegang papan tanda menjual Pelam Asam Boi di tepi jalan raya di Ipoh.

Namun apa yang mencuri perhatian adalah rakannya di dalam kereta yang menggunakan mikrofon untuk menjadi loudspeaker bagi pihak peniaga itu, dengan menjemput orang ramai membeli produk tersebut.

Suara wanita itu dapat didengari di seluruh jalan raya, malah dia juga sempat membantu peniaga itu mencari pelanggan yang ingin membeli.

Tindakan wanita itu walupun hanya suka-suka mendapat pujian ramai, sementara peniaga itu juga turut dipuji kerana sanggup berpanas di tepi jalan.

“panas pon sanggup cari duit…”

“demi bisnes…”

“sedikit sebanyak dapatla bantu…”

Sumber: himpunan cerita lawak