B4yi lelaki mangs4 terbaharu Covid-19 di Kelantan

Kota Bharu: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mengesahkan b4yi lelaki berusia setahun lima bulan antara dua mangs4 terbaharu positif Covid-19 di Kelantan.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, selain b4yi berkenaan, seorang lagi lelaki berusia 25 tahun turut positif dan kedua-dua mangs4 adalah kontak rapat kepada mangs4 ke-162 di Kelantan.

“Kes 163 membabitkan seorang lelaki berusia 25 tahun iaitu adik kepada kes 162. Manakala kes 164 membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lima bulan iaitu anak saudara kepada kes 162.

“Kedua-dua kes ini mempunyai pendedahan kepada kes 162 pada 22 hingga 28 September iaitu sebelum kes 162 dimasukkan ke wad.

“Pengambilan sampel kedua-dua kes ini dilakukan pada 29 September 2020 iaitu semasa saringan kontak rapat kes 162 dan disahkan positif,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata, mangs4 bagi kes 162 mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah pada 19 hingga 22 September, sebelum disahkan positif Covid-19 pada Isnin lalu.

Beliau berkata, b4yi berkenaan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), manakala lelaki terbabit dirawat di Hospital Tumpat.

“Aktiviti pencegahan dan kawalan sedang dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Bharu bagi mengawal rantaian jangkitan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka semasa berada di tempat awam, elakkan bersalaman, bersentuhan dan berpelukan,” katanya.

Sumber: Harian Metro