KKM Tambah ‘Jent3ra Per4ng’ Law4n C0vid-19, 204 Petugas Kes1hatan Lap0r Diri Di Sabah

Penularan Covid-19 terutama sekali di Sabah semakin membimbangkan, justeru pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil inisiatif dengan menambah lebih ramai petugas kontrak bagi membantu tugas di lapangan.

Menerusi kenyataan daripada KKK, sebanyak 165 orang Jururawat Terlatih, 18 orang Juruteknologi Makmal Perubatan dan 21 orang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran telah melaporkan diri dan ditempatkan ke fasiliti-fasiliti di negeri Sabah.

Mereka adalah petugas kesihatan baharu diluluskan untuk lantikan secara kontak. Baki 152 orang Jururawat dijangka melapor diri pada hari Jumaat ini.

Terdahulu KKM telah memaklumkan umum bahawa SPA dan Kementerian Kewangan telah memberi kelulusan bagi pelantikan secara kontrak untuk 1,223 calon baharu seluruh negara.

624 Jururawat Gred U29, 336 Penolong Pegawai Perubatan Gred U29, 213 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 dan 50 Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29

Sebanyak 317 Jururawat Gred U29 ditempatkan di negeri Sabah, manakala 18 lagi akan ditempatkan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Ini akan menambahkan bilangan tenaga kerja perubatan dan kesihatan di negeri Sabah. Sehingga 27 Oktober 2020, secara keseluruhannya 1,045 kakitangan telah dimobilisasikan secara dalam negeri Sabah adalah seramai 667 orang.

Di semenanjung Malaysia pula seramai 378 orang, di mana 150 adalah kakitangan Kesihatan Awam dan 895 adalah kakitangan Perubatan.

Proses mobilisasi ini akan diteruskan mengikut keperluan di fasiliti-fasiliti negeri Sabah. Setelah melapor diri di negeri Sabah, mereka boleh terus bertugas tanpa perlu menjalani tempoh kuarantin.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia