Telefon Jurubahasa Isyarat, Angg0ta P0lis Dipuji Bantu 0KU Pek4k Dan B1su Buat Lap0ran

Membantu memudahkan urusan orang lain adalah satu tindakan yang murni. Bukan itu sahaja, ia juga menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

Menerusi satu perkongsian yang di buat oleh Facebook Polis Diraja Malaysia, video seorang anggotanya, Lans Koperal Nabilah Mohd Yusof dari Balai Polis Alor Setar, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Kedah telah tular disebabkan inisiatifnya membantu orang kelainan upaya (OKU) membuat laporan.

Lans Koperal Nabilah telah menghubungi jurubahasa isyarat dari Persatuan Orang Pekak Kedah (POPKDA) bagi membantu menterjemahkan apa yang ingin dilaporkan oleh pengadu.

Dalam video tersebut, anggota polis wanita itu dengan tekun memegang telefon pintarnya bagi pengadu dan jurubahasa dapat berkomunikasi sementara dia merekodkan maklumat.

Inisiatif tersebut telah mendapat perhatian warganet dan pelbagai komen positif diturunkan di Facebook sumber. Rata-rata mereka memuji tindakan Lans Koperal Nabilah kerana memberi contoh terbaik dalam menjalankan tugas sebagai pihak berkuasa.

 

Sumber: Polis Diraja Malaysia