“Sakan Prom0te Masa Live,” Geng Penjual Baju Bundle Kalvt L4ri Bila P0lis Sampai

Berniaga secara online merupakan satu strategi pemasaran yang sangat popular pada masa sekarang. Jika dahulu pelanggan perlu walk-in, tetapi kini kebanyakan peniaga bundle juga sudah mula berjinak dalam pemasaran secara atas talian sekali gus memudahkan orang ramai untuk mencuci mata.

Terbaharu, tular di laman Twitter mengenai sebuah video hangat memaparkan gelagat sekumpulan lelaki menguruskan perniagaan pakaian bundle di sebuah pondok. Menerusi rakaman tersebut, salah seorang daripada mereka asyik menjual beberapa pakaian secara live. Bagaimanapun, dalam pada sakan ‘melelong’ baju di hadapan penonton, tiba-tiba suasana bertukar menjadi panik.

Dengan tak semena-mena, kedengaran suara salah seorang daripada mereka terpekik memaklumkan akan kehadiran pihak polis. Gara-gara cuak, kesemua pemuda yang mengenakan kain pelikat bertempiaran lari tinggalkan pondok tersebut. Lebih melucukan lagi apabila seorang rakan lain ‘kalut’ mengangkat beberapa pakaian yang disangkut sebelum menghilangkan diri.

Dikongsi sejak semalam, video berdurasi kurang daripada seminit itu berjaya meraih hampir 100 ribu tontonan. Di samping terhibur dengan gelagat geng penjual bundle ini, rata-rata netizen turut berseloroh tentang kehadiran pihak polis di pondok tersebut hanyalah untuk mencuci mata.

 

Sumber : Twitter reyhann23_