“Giglh C4ri Line Kat Kedai,” Cikgu Termenvng Bila Students Tak J0in Kelas 0nline

Penutupan sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nyata memberi cabaran besar buat para pengajar. Lebih kecewa lagi, apabila ada segelintir pelajar bersikap acuh tak acuh dengan arahan cikgu sampaikan tak tunjuk muka langsung dalam setiap sesi pembelajaran.

Menerusi sebuah video hangat di TikTok, remaja bernama Adam Zamri terserempak dengan seorang cikgu lelaki duduk termenung di sebuah gerai sambil menikmati sarapan pagi. Bagaimanapun, guru terbabit yang kelihatan sedikit gusar mengeluh mengenai sikap pelajarnya.

Dengan penuh kekesalan, guru itu memaklumkan bahawa tiada seorang pun pelajarnya mengambil peduli mengenai pembelajaran atas talian yang sudah ditetapkan. Apa yang mengecewakan lagi apabila cikgu berkenaan sanggup duduk di gerai itu demi mengadakan kelas secara dalam talian sekali gus mendapatkan capaian internet.

@adamzamrii_

entahla😂😅

♬ original sound – adam

Sejak dikongsikan kepada umum, video berdurasi seminit itu berjaya meraih lebih 600 ribu tontonan. Rata-rata netizen menyelar tindakan pelajar berkenaan sekali gus menyifatkan mereka kurang ajar. Tegas mereka, pelajar seharusnya menghargai segala usaha dan titik peluh guru supaya tidak ketinggalkan dalam pelajaran.

 

Sumber : TikTok adamzamrii_