“Setakat TV Singer Pun Kau 0rang Nak Pertik4i?” Uncle Kentang Pelik Ada Yang B!tter Teng0k Ibu Tunggal Berhut4ng Beli TV, M0hon Maaf Sebab ‘B0doh’ Bantu 0rang Tak Sepatutnya

“UNCLE, boleh padam tak post yang saya minta bantuan tu? Sebab ada yang kata saya p3nipu sebab saya beli TV hutang kedai.”

Demikian bait ayat yang dihantar oleh seorang ibu menerusi satu mesej kepada aktivis kebajikan, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.

Mesej itu didedahkan oleh Uncle Kentang dalam satu perkongsian di Facebook.

Menurut Uncle Kentang, dia mendedahkan perkara itu kerana berasa terpanggil untuk menjelaskan situasi yang dialami wanita tersebut, selain meluahkan rasa kecew4 dengan sikap segelintir netizen yang melemparkan tuduh4n terhadap seseorang tanpa usul periksa.

“Jangan cari dos4… televisyen hutang Singer RM105 sebulan jadi c4cian orang ramai dan hina perempuan mal4ng berserta enam anak kecilnya sekali.

“Ada orang menuduh dia m3nipu. Dia minta makanan, tak minta duit pun. Saya tak perlu cerita apa yang terjadi kepada keluarganya. Kamu tak bantu… kamu c3mburu, iri h4ti kerana dia dibantu orang ramai.

“Itu rezeki dia dengan Tuhan. Sesungguhnya dia tak minta wang pun tapi Tuhan telah hantarkan ‘bal4 tentera’ begitu ramai sekali kerana dia yakin pada Tuhan. Doa dia dimakbulkan oleh Tuhan. Jadi apa hal kita nak tuduh dia p3nipu,” tulisnya.

Uncle Kentang merupakan antara individu yang sering tampil lebih awal bagi membantu urusan penghantaran jen4zah umat Islam.

Tambah Uncle Kentang, menerusi mesej yang diterimanya baru-baru ini, ibu tunggal enam anak itu juga menjelaskan mengenai dirinya yang didakwa m3nipu kerana membeli televisyen secara ansuran.

“Bab televisyen, tahukah anda hati seorang emak? Televisyen lamanya telah rosak lama. Anak-anak kecil di rumah asyik termenung bosan kerana PKP dan tidak ke sekolah.

“Mak berusaha mencari televisyen dah lama… dah mohon dekat Singer lama betul. Kebetulan selepas suaminya meninggalk4n rumah, permohonan itu diluluskan. Bukan bayar tunai pun! Bayar bulan RM105 sebulan.

“Sekadar hibur4n untuk anak-anak kecil. Adakah kita mempertikaik4n kasih sayang mak kepada anak-anak kecilnya? Adakah itu perkara yang salah? Mak sayang anak pun salah? Setakat TV Singer pun kau orang nak pertikaik4n?

Uncle Kentang bergiat secara aktif menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Sedih… mana letaknya nilai agama murni kita semua? Janganlah kita pertikaik4n mereka kalau kita tidak tahu perkara sebenarnya,” luah aktivis ini.

Uncle Kentang dalam masa yang sama turut kecew4 kerana dia juga terh3ret apabila dituduh tidak menyelidik latar belakang seseorang sebelum menghulurkan bantuan.

Secara sark4stik, dia memohon maaf kerana terlalu ‘bod0h’ sehingga memberikan bantuan kepada individu tang tidak patut menerima bantuan.

Antara komen netizen yang turut sependapat dengan Uncle Kentang.

“Saya Uncle Kentang yang sungguh bod0h. Saya tolong orang yang tak sepatutnya dibantu, saya mohon maaf. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kerana aku tahu aku pasti m4ti. Biar aku bawa ‘kebodoh4n’ masuk ke kubur.

“Pada akak yang menerima bantuan, semua itu adalah kehendak Tuhan padamu. Kerana Tuhan telah buka hati banyak orang datang membantu. Mereka yang meng3ji dan mengh3rdik di media sosial, anggaplah itu tiupan angin yang akan berlalu tanpa merdunya,” tulisnya lagi.

 

Sumber: mStar