“Pen4ngan P4ndemik,” Chef Eksekvtif Sekelip M4ta Jadi Tukang Masak K4ki Lima

Wabak pandemik COVID-19 dan PKP yang dilaksanakan pada awal tahun lalu, tak disangkal memberikan impak yang besar buat masyarakat. Dibuang kerja, cuti tanpa gaji dan hilang punca pendapatan merunsingkan lagi individu terutamannya yang mempunyai tanggungan besar.

Walaupun perit menerima hakikat, usaha perlu diteruskan untuk meraih pendapatan demi meneruskan kelansungan hidup disaat wabak pandemik melanda.

Lebih mesra dengan panggilan Chef Bob, berkongsikan kisah perniagaannya yang terkesan ekoran pelaksanaan PKP oleh kerajaan tempoh hari. Perniagaan katering yang diusahakan pada bulan September tahun lalu sekelip mata terpaksa dihentikan.

Walaupun mempunyai 13 tahun pengalaman dalam bidang kulinari, katering yang diusahakan  turut terpalit dangan krisis ekoran pandemik yang menghalang sebarang majlis dilaksanakan pada waktu berkenaan.

Risau dengan pendapatan yang semakin meruncing, Chef Bob tetap cekalkan diri dan mencari peluang buat dirinya. Lebih-lebih lagi, isterinya yang juga turut kehilangan kerja sewaktu PKP bermula pada bulan Mac lalu.

Perbelanjaan keluarga sekali gus dikurangkan, sehinggakan mereka hanya mampu menjamah telur selama beberapa bulan. Susu formula anak-anaknya juga terpaksa ditukar kepada yang lebih ekonomis ekoran kewangan yang terhad.

Disebabkan itu, beliau membuat keputusan untuk membuka gerai kecil ekoran sudah biasa dalam bidang F&B. Atas hasil usaha, kini beliau berjaya membuka gerai Mipablo Ultimate Fried Laksa, yang menyajikan laksa goreng istimewa yang terletak di Bukit Jelutong.

Tanpa disangka, jualan laksa goreng itu mendapat respon dan sambutan baik oleh orang ramai walaupun menu ini agak baru dalam kalangan masyarakat. Dengan keistimewaan yang ada pada diri, Chef Bob yakin laksa goreng ini bakal menjadi salah satu sajian kegemaran rakyat Malaysia.

Menurut Chef Bob sendiri, beliau turut memohon beberapa bantuan yang disediakan oleh kerajaan termasuklah Geran Prihatin Khas khusus buat peniaga-peniaga kecil.

Masih lagi dalam proses permohonan, beliau harap dengan bantuan tunai tersebut dapat digunakan untuk memperkembangkan lagi perniagaan laksa gorengnya.

Prihatin dengan nasib usahawan-usahawan kecil yang terjejas, kerajaan melancarkan bantuan tunai seraca one-off  khusus buat PKS yang terkesan dengan pelaksanaan PKP awal tahun lalu.

Bantuan sebanyak RM 3000 telah disalurkan PKS yang berkelayakan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat. GPK 2.0 telah dibuka sekali lagi pada bulan Oktober kepada pemohonan baru atau PKS yang gagal menerima bantuan pada fasa pertama.

Pembayaran dilakukan pada sekitar  November dan rayuan bakal dibuka semua pada bulan Disember bagi yang gagal.

 

Sumber: OMM