“Sp4re Part Mot0r Kena Remb4t,” ‘0wner’ Tingg4l N0ta Sed1h Rayv Pencvri Pul4ngkan

Setiap manusia pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan yang mendatang. Kita sebagai hambaNya harus sabar dan reda akan ujan yang mendatang. Seperti perkongsian Eiqa Orenieqa, di Facebook, menceritakan nasib seorang pemilik motosikal yang ‘meluahkan’ rasa sedih apabila pump break motosikalnya telah hilang dicvri.

Kejadian tersebut berlaku di Trefoil, Setia Alam. Kesian!

Terima kasih pencvri. Moto ni rosak dah lama park dekat sini. Saya takde duit, tak cukup nak repair. Kerja pulak hilang akibat Covid-19. Saya buat macam-macam kerja nak survive sambil kumpul duit nak repair moto. Awak senang kerja cvri spare part motor sedangkan orang lain setengah mati nak kumpul duit. Saya mohon pulangkan balik. Saya tak mampu.

Menerusi nota tersebut, pemilik motosikal itu meluahkan rasa sedih dan ‘kecewa’ apabila pencvri tersebut bertindak mencvri pump break motosikalnya. Jelasnya lagi, motosikal tersebut sudah rosak dan tidak bergerak ke mana-mana. Lagi menyedihkan, apabila dia sudah kehilangan kerja akibat pandemik Covid-19.

Dia turut mengecam tindakan pencvri itu yang seolah-olah membuat kerja ‘senang’ di saat orang lain sedang bertungkus lumus mencari duit.  Pada akhir nota tersebut, dia meminta supaya pencvri itu memulangkan semula barangan yang telah dicvri

Melalui nota tersebut, pemilik motosikal tersebut tidak menceritakan dengan jelas bahagian mana yang telah dicvri. Namun, hasil tekaan warganet, mereka beranggapan pump break telah dicvri. Tambahan pula, harga bagi barangan tersebut agak mahal dan mempunyai nilai yang tinggi jika dijual semula.

Menerusi ruang komen, rata-rata warganet simpati akan nasib yang menimpa pemilik motosikal tersebut. Tidak berakhir di situ, mereka turut mengecam tindakan pencvri tersebut.

 

Sumber: Eiqa Orenieqa, Jabatan Netizen Negara, Ohbulan