Dua lelaki punggah roti benggali, warganet persoal kenapa tak dibungkus

KEENAKAN roti panggali atau lebih popular dikenali dengan roti benggali memang tidak asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia dan ia mampu dinikm4ti tanpa mengira masa yang mana juga cukup popular di Pulau Pinang.

Maka tidak hairanlah jika beberapa gerai di Pulau Pinang, Georgetown akan dibanjiri pengunjung terutama peminat roti dari pagi hingga ke petang gara-gara penangan roti tersebut.

Ia juga boleh dikatakan satu keunikan sajian tempatan yang secara tidak langsung turut dipromosi kepada pelancong tempatan dan luar negara ketika mereka berkunjung ke Pulau Pinang.

Mungkin disebabkan tekstur roti yang lembut dan enak dimakan begitu sahaja menyebabkan ia masih digemari dan diburu sehingga ke hari ini.

[VIDEO] Dua lelaki punggah roti benggali, warganet persoal kenapa tak dibungkus

Namun, baru-baru ini tular pula satu video di media sosial yang mana seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Lisa Isaac memuat naik satu video berkenaan roti benggali yang kini menjadi bualan ramai.

Rakaman berdurasi 52 saat itu tular disebabkan oleh video tersebut menampakkan tindakan dua individu sedang memunggah roti benggali dari dalam lori ke sebuah kereta yang dipercayai Perodua Alza dengan keadaan yang agak mencurigakan.

Mana tidaknya, roti tersebut dipunggah ke dalam sebuah kereta tanpa dibungkus dan hanya diletak begitu sahaja di ruang simpanan barang tanpa sebarang alas.

Rata-rata warganet yang menonton video tersebut kec3wa dengan tindakan pengusaha roti tersebut dan menyifatkan dua individu yang terbabit tidak bertanggungjawab dengan apa yang sedang mereka lakukan.

Namun, lokasi dan situasi sebenar video tersebut masih belum boleh disahkan. Ada kemungkinan juga roti yang dipunggah telah tamat tempoh atau juga telah dibor0ng oleh pengusaha kolam ikan untuk dijadikan makanan ikan.

Apa-apa pun perlu si4sat dahulu dan jangan membuat kesimpulan terlalu awal. Bersangka baik itu jauh lebih baik daripada kita menabur f1tn4h. Betul tak?

Sumber : Sinar