Bakal Suami Tiba-Tiba Bat4l Majlis Kahwin, Wanita Ini Tetap ‘Photoshoot’ Seorang Diri

Alam perkahwinan merupakan sesuatu yang sangat diimpikan buat semua orang. Namun sekiranya j0d0h tidak kesampaian, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Itu boleh dikaitan dengan kisah yang berlaku di Singapura ini, apabila seorang wanita tidak jadi untuk berkahwin kerana bakal suaminya membat4lkan perkahwinan tiga minggu sebelum majlis berlangsung.

Menurut laporan MS News, Shasha Ali menceritakan pengalaman pah1t yang perlu dilaluinya itu. Dia yang bertunang pada bulan Ogos lalu telah membuat pelbagai persiapan menjel4ng hari bahagia.

Meskipun dibatalkan tanpa sebarang penjelasan, wanita itu cekal ‘meneruskan’ majlis perkahwinannya tanpa pengantin lelaki dengan sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Shasha memilih untuk mengadakan ‘photoshoot’ seorang diri yang dilengkapi busana pengantin, solekan, dan cincin. Masih tamp4k jelas wajah yang gembira walaupun dia harus melalui kekecew4an tersebut.

Menerusi laman Instagram, pengikutnya memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar Shasha akan dipertemukan jod0h yang baik pada masa akan datang.

Sumber: MS News , lightviewsg , Shasha Ali