[VIDEO] ‘Terer’ Basuh Mot0r Dalam Sungai,” Sekali Terdudvk Enjin Tak B0leh Start

Sebut saja soal kenderaan seperti motor atau kereta, golongan lelaki pasti rasa sayang sekali dengan kepunyaan mereka itu. Terkadang seperti mengalahkan jaga anak dan isteri sendiri. Pantang kotor atau berhabuk sikit mesti dibersihkan sebaik mungkin sehingga cantik kembali. Tidak terkecuali seorang pemuda kampung ini yang tular di aplikasi TikTok baru-baru ini.

Menerusi satu video yang telah dimuat naik di akaun @nisaaasuhaila, remaja lelaki tersebut dilihat sakan membasuh motornya kesayangannya. Namun, lebih mengejutkan adalah aksi itu dilakukan dalam sebatang sungai jernih yang parasnya mencecah paha. Gigih pemuda berkenaan mencuci segenap inci kenderaan kesayangannya sebelum dibawa naik.

Walau bagaimanapun usahanya itu ternyata memburukkan lagi keadaan apabila motor tersebut tidak dapat dihidupkan. Malah terpaksa membuka satu persatu bahagian kenderaan itu yang telah dimasuki air.

@niesaregaenak basuh moto , last2 moto tak hidup dah 🤣

♬ Oh No – Kreepa

Video yang telah berjaya meraih lebih 90 ribu jumlah tontonan itu membuatkan ramai ‘menepuk dahi’ dengan tindakan pemuda berkenaan. Selain itu, mereka turut menjangkakan banyak wang perlu dilaburkan bagi membaiki motor tersebut.

@niesaregae

Reply to @xiimio

♬ original sound – Nisaaasuhaila

Sumber: TikTok NisaaaSuhaila