Nur Aimi Nadiah sedar setelah hampir dua minggu dir4wat

IPOH: Selepas hampir dua minggu menerima raw4tan, ibu kepada tiga kanak-kanak lelaki yang m4ut dalam n4has di Kilometer 272.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang di sini pada 16 Disember lalu, akhirnya dilaporkan sudah sedarkan diri.

Difahamkan, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, sudah sedar sejak beberapa hari lalu dan kini ditempatkan di w4d biasa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, mangs4 yang telah boleh bercakap itu juga kini dalam keadaan stabil.

Katanya, pemantauan masih dijalankan ke atas wanita itu yang ditempatkan di wad biasa hospital berkenaan bagi proses pemulih4n.

“Polis menunggu waktu yang sesuai untuk mengambil keterangannya berhubung kejadi4n itu,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp yang dikongsi kepada media.

Menurut A. Asmadi, pihaknya telah mengambil keterangan beberapa pihak bagi membantu sias4tan kes kemal4ngan berkenaan

“Sias4tan masih berjalan. Kita sudah mengambil keterangan daripada beberapa saksi yang berada di lokasi kejadi4n bagi membantu sias4tan,” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 petang itu, tiga anak Nur Aini Nadiah, Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafiz, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 1, m4ut di tempat kejadian.

Kemalang4n itu turut menyebabkan Nur Aimi Nadiah ced3ra par4h dan dikejarkan ke HRPB untuk raw4tan.

N4has menimpa empat beranak itu berlaku apabila kereta jenis Perodua Axia dipandu Nur Aimi Nadiah terbabas lalu mel4nggar belakang sebuah treler yang berada di lorong kecem4san. – UTUSAN

Sumber: utusan