Bekas Pelakon Ni Slumber Cakap C0vid tidak bah4ya”. Ini Penjelasannya

Menjawab dakwaan, “C0vid tidak bah4ya”, “SOP untuk takut-takutkan”

1. Semalam tular satu video seorang bekas pelakon bercakap mengenai C0vid-19:

– “Tak ada apa pun C0vid ni. Tak nampak pun yang positif C0vid, m4ti menggelupur di tepi jalan.”

– “Nak takut-takutkan sampai memporak-perandakan ibadah, memporak-perandakan kehidupan manusia. Kena game”

– “C0vid tidak bah4ya. Sampai kena lockdown, SOP macam-macam, nak kena itu nak kena ini…”

2. Ringkasnya, video ucapannya itu menjurus kepada mengajak orang ramai untuk tidak perlu t4kut dengan bah4ya C0vid, sehingga dilihat mahu orang ramai supaya tidak pedulikan peraturan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

3. Hujahnya, selain ‘tiada yang m4ti menggelupur tepi jalan’ ialah, statistik kem4tian di Malaysia pada tahun pandemik (2020) lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

4. Jika ukuran bah4ya atau tidak C0vid itu bersandarkan pada perbandingan jumlah kem4tian di Malaysia per tahun, ia cara kiraan yang tidak tepat. Jumlah kem4tian akibat C0vid yang kita lihat pada hari ini nampak rendah kerana antaranya disebabkan perkhidmatan kesihatan yang baik dan kadar jangkit4n C0vid yang dikek4ng oleh peraturan (seperti PKP, SOP dan sebagainya).

5. Katakanlah Akta Pencegah4n dan Pengawalan Peny4kit tidak diwartak4n, MKN tidak mengeluarkan sebarang garis panduan, tiada norma baharu, manakala orang ramai di Malaysia bebas menjalani kehidupan yang sama seperti tahun-tahun sebelum pandemik – hasilnya, kadar jangkitan tentulah lebih serius.

6. Lebih ramai yang positif C0vid, bererti, jumlah kem4tian juga bertambah.

7. Jumlah kem4tian akibat C0vid di Malaysia setakat 31 Disember 2020 ialah sebanyak 471, atau 0.4% daripada jumlah keseluruhan kes. Andaikan tiada kawalan pergerakan, peraturan, SOP dan sebagainya, kita congak secara kasar : 0.4% daripada 1 juta kes ialah 4,000 kem4tian. Kalau 10 juta kes positif, cecahlah 40,000 kem4tian.

8. Ia belum mengambil kira kesan ke atas mereka yang lemah daya tah4n peny4kit, berpeny4kit kr0nik dan lihat juga kapasiti penempatan pes4kit. Begitu juga dengan strain baharu vir-us yang lebih kuat kadar jangkit4nnya, seperti kes Sivagangga dan di UK baru-baru ini.

9. Sehingga 31 Disember 2020, berlaku lebih 1.8 juta kem4tian di seluruh dunia akibat C0vid. Cuba lihat angka kes negara luar yang longgar kawalan serta peraturannya, atau yang kurang baik perkhidmatan kesihatannya, jumlah kem4tian akibat C0vid adalah tinggi.

https://www.worldometers.info/coronavirus/

10. Malah, kiraan statistikal yang dibuat ke atas negara-negara terbabit menunjukkan, kadar kem4tian meningkat berganda tahun ini, akibat C0vid – antaranya Eropah, negara-negara bukan Islam.

https://ourworldindata.org/excess-mortality-c0vid

11. Benar, vir-us bukanlah perlu ditakuti berlebih-lebihan mengatasi kuasa Maha Besar. Tetapi meremehkannya juga tidak wajar sehingga menentang usaha mengekangnya. Apabila disebut ‘syumul’ dan mencakupi semua aspek, ertinya menjaga ny4wa (kesihatan) dan harta (ekonomi) juga terkandung di dalamnya.

12. Tentang dakwaan memporak perandakan ibadah (iaitu perjarakan saf dan PKP masjid), sebagai golongan awwam, adalah lebih baik kita serahkan dan akur kepada ahli-ahli arif di dalam bidangnya (ulama’) yang berhujah atas disiplin ilmu, bukan atas dorongan semangat-emosi. Ketetapannya seperti dalam Irsyad al-Fatwa (siri ke-40):

http://mufti.pahang.gov.my/…/hukum%20menjarakkan%20saf…

13. Bahkan, kes C0vid pada Mac lalu, membabitkan kluster dari Ijtimak Tabligh di Masjid Sri Petaling, perlu diambil iktibar. Kumpulan ini pada dasarnya tidak berbuat salah (diberi kebenaran berhimpun pada Februari), tetapi dik3cam ramai, sehingga timbul pula fitn4h terhadap agama.

14. Justeru, meremehkan C0vid sehingga mengajak orang ramai menentang peraturan kawalan, tidaklah kami setuju dan ia suatu ajakan yang berb4haya. Bahagian lain tentang semangat, keteguhan serta usaha menyebar kebaikan, kami sokong dan puji bekas pelakon itu.

kredit: Korek Korek