“PeIik Main4n Budak Sekar4ng” Rend4m Co0l Fever Dalam Air, Ramai J0in Trend Main ‘B4bi Air’ Di TikT0k

Semakin lama, semakin banyak trend pelik yang tular di media sosial terutamanya di TikTok. Mungkin ramai yang bosan terperap kat rumah kot, tu yang banyak masa terluang join trend pelik ni kan. Budak-budak pulak ramai yang tak boleh ke sekolah, jadi dorang mungkin buntu tak tahu nak buat apa. 

Kali ini, muncul pula trend baru iaitu menternak ‘b4bi air’ di TikTok. Mesti ramai yang tak faham apa benda lah ‘b4bi air’ ni kan?

Untuk pengetahuan korang, ‘b4bi air’ merupakan cool fever yang telah direndam dalam air sehingga kembang. Uish, siapa punya idea lah nak buat benda ni? Tak tahu nak kata kreatif atau pelik. Tak pernah terfikir pulak admin nak buat cool fever jadi mainan. 

Difahamkan, anda perlu merendam cool fever tersebut dalam air selama beberapa hari. Kalau rendam dua jam je, benda tu takkan kembang. Ramai juga yang tertanya-tanya kenapa lah ramai yang berminat sangat nak main dengan ‘b4bi air’ ni kan?

Rasanya, benda ni berjaya menarik minat kanak-kanak sebab apabila kembang, cool fever terbabit nampak seperti jeli yang berwarna-warni. Mungkin sebab dia colourful dan ada tekstur yang sama macam slime kot. 

Namun, perkara ini telah meresahk4n sesetengah ibu bapa yang buntu sebab ada antara anak mereka yang sanggup membazirkan wang untuk membeli cool feverYe lah, orang beli untuk kurangkan dem4m, boleh pulak dorang buat jadi mainan. Macam dah takde mainan lain dah kat rumah tu. 

Selain itu, ada juga netizen yang risau kalau stok cool fever di farmasi akan habis jika ramai beli untuk buat benda ni. Kesian lah kan untuk orang yang betul-betul memerlukan cool fever ni untuk anak dorang yang dem4m. 

Ada juga yang berpendapat lebih baik bela hamster daripada ‘menternak b4bi air’ yang tidak dapat bergerak ni. Rasanya, daripada bazirkan duit beli ni, lebih baik bela kucing atau hedgehog. Lagi comel. 

Jadi, untuk parents kat luar sana, kalau tiba-tiba anak korang mintak duit nak beli cool fever, lebih baik jangan bagi. T4kut lain pulak jadinya. 

 

Sumber: LM