“48 Ribu P0lis Bertugas,” Cuti Angg0ta Keselam4tan Dibekvkan Demi PKP

Sejak jam 12 malam tadi, sekatan dan pemeriksaan pihak keselamatan sudah mulai dilakukan berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP)2.0 yang bermula hari ini.

Oleh itu barisan petugas hadapan turut sama mengerah keringat berdiri di bahu-bahu jalan memastikan tiada sebarang perlanggaran PKP dilakukan oleh rakyat Malaysia.

Jadi, menerusi laporan dari Bernama, seramai 48,000 anggota dan pegawai polis diarahkan bertugas dengan cuti buat semua anggota keselamatan dibekukan serta-merta.

Hal ini berikutan peningkatan yang agak mendadak pandemik Covid-19 di Malaysia sehingga pihak kerajaan terpaksa mengambil langkah mengenakan semula PKP di beberapa buah negeri di Malaysia serta PKPB dan PKPP di sebahagian lagi negeri.

Hal ini sudah tentu membuatkan mereka begitu letih memandangkan hampir setahun pandemik ini berlangsung dan senario ini terulang kembali apabila PKP 2.0 dilaksanakan semula disebabkan peningkatan kes.

Justeru itu, pengorbanan yang mereka lakukan ini merupakan satu tanggungjawab yang harus dihargai oleh rakyat Malaysia dengan terus mematuhi standard operating procedure(SOP) agar penularan wab4k tidak terus berlaku.

 

Sumber: Foto Bernama, Irfan Newboys