“Namakan Pr0duk ‘D4ging Harim4u Men4ngis’,” Ibu Neelofa Tak Bagi Gvna N4ma Sama?

Sejak hujung tahun lepas, resepi masakan daging harimau men4ngis yang cukup popular di Thailand telah tular selepas ibu kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini mengeluarkan produk tersebut.

Mendapat permintaan tinggi, daging harimau men4ngis keluaran beliau  mulai disebut-sebut selepas videonya memasak resepi terbabit dimuat naik ke Instagram.

Namun begitu, menerusi muat naik daripada seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @azrulhaqim, dia meluahkan rasa kesalnya apabila Kartini did4kwa telah membuat permohonan trademark Daging Harimau Menangis sebagai nama produk keluarannya.

Hal ini membuatkan orang ramai mulai berasa kurang senang dan beranggapan bahawa tindakan sebegitu ‘m3mbunuh’ peniaga-peniaga kecil yang turut sama mengeluarkan produk makanan Daging Harimau Men4ngis.

Selain itu, menerusi perkongsian satu video yang diperoleh daripada Instastory ibu Neelofa ini, dapat didengar beliau memaklumkan nama resepi tersebut telah dipakai untuk produk keluarannya dan individu lain tidak boleh menggunakan nama sama.

https://fb.watch/2_aOBfkZon/

Perkara tersebut membuatkan warganet beng4ng susulan video terbabit dibuat dalam keadaan gelak ketawa dan seolah-olah meminta orang lain yang mengeluarkan produk seperti itu menggunakan nama lain dan bukan lagi Daging Harimau Men4ngis.

Walau bagaimanapun, ada netizen yang memuat naik permohonan Kartini dipercayai berkenaan trademark Daging Harimau menangis itu dan memaklumkan permohonan baru sahaja dibuat.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak beliau berhubung kontr0versi yang tular di media sosial terutamanya di Twitter.

Perkongsian tersebut hanya dimaklumkan daripada sebelah pihak dan kesahihan dakwa4n ini masih belum dapat dipastikan sebetulnya.

 

Sumber: azrulhaqim, Bafourabakery