Pec4h Rek0d! Malaysia Cat4t 4,029 Kes P0sitif C0vid-19, 8 Kem4tian

PENULARAN wab4k C0vid-19 di negara ini merekodkan 4,029 kes baharu, menjadikan keseluruhan 155,095 kes setakat Sabtu.

Daripada 4,029 kes baharu yang telah dilaporkan, lapan merupakan kes import dan selebihnya merupakan penularan tempatan.

Antara negeri dengan kes jangkit4n harian tertinggi termasuklah Selangor dengan 1,466 kes diikuti Johor (719), Sabah (449), Kuala Lumpur (347) dan Negeri Sembilan (214).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, lapan kes kematian akibat C0vid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 594 kes kemati4n.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan lapan kes kemati4n berkaitan C0vid-19 setakat ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kemati4n C0vid-19 di Malaysia sebanyak 594 kes,” ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 2,148 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 117,375 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 205 kes positif C0vid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 79 kes memerlukan bantuan pernafas4n.

 

 

Sumber: mStar