“Yeah! Dah Boleh Sek0lah!” KPM Umum Sesi Pembukaan Sek0lah, Ini Yang Mak Ayah Kena Tahu!

Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin, memaklumkan bahawa murid bagi pra-sekolah, tahun satu dan tahun dua akan hadir ke sekolah bermula pada 1 Mac 2021.

Menurutnya, murid bagi tahun tiga, tahun empat, tahun lima dan tahun enam pula akan mula hadir ke sekolah pada 8 Mac 2021.

Tambahnya lagi, murid pra-sekolah, tahun satu dan tahun dua yang dibenarkan ke sekolah lebih awal adalah kerana bagi membiasak4n diri mereka dengan SOP baharu.

“Seperti yang kita tahu, murid-murid ini pada tahun lepas, jumlah hari mereka bersekolah secara bersemuk4 adalah amat terh4d.

“Pembukaan lebih awal ini akan memberi ru4ng kepada guru-guru untuk membiasak4n anak-anak ini dengan SOP baru di sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, semua murid sekolah menengah bagi setiap tingkatan akan kembali hadir ke sekolah selepas tamat cuti pertengahan p3nggal iaitu pada 4 dan 5 April ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md. Jidin berkata, ia berikutan sesi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan berakhir pada hujung Mac ini.

“Dan cuti pertengahan p3nggal adalah antara 26 dan 27 Mac sehingga 3 dan 4 April.

“Maka murid sekolah menengah akan hadir ke sekolah s3jurus selepas cuti pertengahan p3nggal,” katanya dalam sidang media hari ini.

Pembukaan semula sekolah tersebut berg4ntung kepada kumpulan zon sekolah masing-masing, iaitu Kumpulan A meliputi Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B pula meliputi Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan.

Jelasnya, sekolah-sekolah bagi Kumpulan A akan dibuka semula pada 4 April, manakala sekolah-sekolah Kumpulan B pula akan dibuka pada 5 April keesokannya.

Dalam pada itu, bagi pelajar vokasional yang mengambil Sijil Vokasional Malaysia tahun satu semester dua dan Diploma Vokasional Malaysia tahun satu semester dua akan hadir semula pada 1 Mac ini.

Manakala bagi semua peringkat pelajar vokasional selainnya akan kembali hadir pada 8 Mac, 4 dan 5 April.

Selain itu, tarikh pembukaan semula sekolah menengah swasta dan sekolah antarabangsa untuk semua peringkat pelajar juga turut akan mengikuti jadual yang sama seperti sekolah kerajaan mengikut kumpulan zon masing-masing.

 

Sumber: BERNAMA, KPM melalui RTM