Menteri Kew4ngan Umum Bantuan Kepada Keluarga Ramai Anak

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM2,000 akan disalurkan kepada isi rumah yang mempunyai anak lebih tiga orang dengan pendapatan isi rumah kurang RM2,500 sebulan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah tersebut menyaksikan peningkatan berbanding jumlah sebanyak ini RM 1,800 dibawah Bantuan Rakyat Prihatin.

Selain itu katanya, ibu atau bapa tungg4l yang berkelayakan boleh menerima bantuan tambahan sebanyak RM500 bagi mereka yang mempunyai anak tnggungan dengan pendapatan sebanyak RM5,000.

‘Ini bermakna jumlah maksimum yang boleh diterima bagi mereka yang berkelayakan adalah sebanyak RM2,500.

“Bantuan ini akan memberi manfaat kepada 9.6 juta penerima dengan melibatkan RM8.2 bilion,” katanya dalam sesi pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Ibu Atau Bapa Tungg4l Yang Ada Tnggungan Dapat RM 500

Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa k.erajaan akan menyalurkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM500 kepada ibu bapa tungg4l yang mempunyai anak tnggungan dan pendapatan isi rumah sehingga RM5,000 sebulan.

Menurutnya, ia bermakna ibu bapa tungg4l yang mempunyai tiga orang anak atau lebih layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM2,500.

Sebelum itu, beliau memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan Bajet 2022 adalah RM332.1 bilion yang dibahagikan kepada empat aspek utama iaitu RM233.5 bilion untuk belanja mengurus, RM75.6 bilion untuk belanja pembangunan, RM23 bilion untuk Kumpulan Wang COVID-19 dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

BAJET 2022
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Saper lebih 3 anak dgn gaji bawah RM2,500 sbln dapat RM2,000 sekali dapat
RM2,000 : Lebih 3 Anak
RM1,500 : Sehingga 2 Anak
RM1,000 : Tiada Anak

RM300 Sebulan : Warga Emas

RM500 : Ibu / Bapa Tungg4l Dengan T4nggungan
Pendapatan isi rumah : Sehingga RM5,000 Sebulan

Bantuan Awal Persekolahan
RM150 setiap murid

Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN
Diskaun 15% untuk bayaran penuh pinjaman
Diskaun 12% untuk bayaran 50 peratus pinjaman
Diskaun 10% untuk bayaran secara ansuran gaji dan debit

Kredit: mysumber

#Bajet2022

Sumber : RTM via Siakap Keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*