PM beri jaminan tiada lagi PKP selepas ini

RAKYAT Malaysia pastinya berasa sedikit lega apabila tiada lagi pelaksanaan P3rintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara selepas ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan tersebut berikutan ker3sahan rakyat apabila PKP akan dilaksanakan semula termasuk ketika sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Saya pernah umumkan bahawa kita tidak akan buat lagi PKP seluruh negara, negeri dan daerah.

“Sektor ekonomi buka seperti biasa, saya beri jaminan tidak akan akan menutup lagi negara dari segi perniagaan, pergerakan rakyat bebas seperti biasa, tetapi kita fokus kawasan bersasar sahaja,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini pada Ahad.

Beliau berkata sedemikian selepas perjumpaan bersama anggota-anggota Kemas daerah Bera.

Menurut Ismail Sabri, Perint4h Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan sekiranya sesuatu kawasan berlaku peningkatan jumlah kes p0sitif C0vid-19.

“Contohnya seperti di Bera, kawasan di Felda Sebertak di situ ada kes meningkat, PKPD dilaksanakan.

“Jadi jang4n bimbang dah ada buat spekul4si, kononnya rakyat tak boleh balik, itu semua tidak betul, kita pastikan perkara ini tidak berlaku,” tegasnya lagi. – Sinar Harian

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*