525 pelajar, 25 guru positif C0vid-19 di Kedah

SERAMAI 525 pelajar dan 25 guru disahkan positif C0vid-19 membabitkan kluster pendidikan di Kedah setakat Ahad.

Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, Datuk Najmi Ahmad (gambar kecil) berkata, ia membabitkan lapan kluster pendidikan yang menyebabkan 15 buah sekolah di negeri tersebut terp4ksa ditutup bagi meng3lak penular4n w4bak itu.

Menurutnya, sekolah yang terlibat adalah 13 buah sekolah berasrama harian dan dua sekolah menengah harian.

“Setakat ini tiada rekod menunjukkan kes positif kalangan murid sekolah rendah.

Manakala guru yang dikesan positif C0vid-19 hanya melibatkan dua buah sekolah,” katanya pada Isnin.

Najmi memaklumkan, kadar p3nularan C0vid-19 kalangan pelajar masih terkawal dan ibu bapa tidak perlu bimb4ng untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

“Ibu bapa tidak perlu ris4u kerana setiap sekolah telah diminta meningkatk4n pengawasan dan prosedur operasi standard (SOP).

“Kebanyakan penularan membabitkan sekolah berasrama yang lebih terbuka namun kita telah mohon sekolah bekenaan pertingkatkan kawalan dan SOP,” katanya.

Menurutnya, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah sentiasa memantau dan memastikan pihak sekolah mematuhi garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pelajar yang positif C0vid-19 ditempatkan di Pusat Ku4rantin dan Rawat4n C0vid-19 (PKRC) Dewan Wawasan di Jitra dan berdekatan mengikut tahap masing-masing.

“Keadaan keseluruhan adalah terkawal, namun kita tidak menolak kemungkinan menutup lagi sekolah berg4ntung kepada situasi semasa,” katanya.

Sebelum ini, tiga kluster pendidikan diisytiharkan di negeri ini, iaitu Kluster Dah Sungai Limau melibatkan warga Sekolah Menengah Agama (SMA) Saadah Al-Diniyah Al-Islamiyah di Yan.

Selain itu, Kluster Dah Sungai Kob membabitkan Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Sungai Kob, Karangan di Kulim dan Kluster Dah Padang Halban di SMK Changlun, Kubang Pasu.

Ia selepas tiga kluster, iaitu Kluster Dah Penyarom diisytiharkan di Maktab Mahmud Pendang, diikuti Kluster Dah Teluk Teduri melibatkan warga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Baling dan Kluster Dah Jalan Pantai di SMK Kota Kuala Muda, Sungai Petani.

Kluster Dah Teratai Jingga merupakan kluster terbaharu C0vid-19 yang dikesan di Kedah melibatkan Maktab Mahmud Alor Setar.

Dalam perkembangan berkaitan, Rozaini memaklumkan, seramai 162 daripada 30,400 guru di negeri ini masih menolak untuk mendapatkan v4ksin C0vid-19 atas pelbagai faktor antaranya masal4h kesihatan selain belum bersedia.

“Guru terbabit masih ke sekolah, namun diasingk4n. Mereka tidak mengajar secara bersemuka, sebaliknya diberikan tugasan lain seperti menyediakan modul pembelajaran dan mengajar dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Pada masa sama, kita terus memujuk dan menasihatkan guru berkenaan agar segera mengambil v4ksin memandangkan ia antara SOP pendidikan,” katanya. – Sinar Harian

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*