Gurau kawan2, ramai terhibur lihat Ustaz Izhar terk3jut dengar suara j3rit panel lain

Penceramah-penceramah terkenal seperti Prof Madya Dato’ Dr Muhd Izhar Ariff dan Ustaz Abdullah Khairi rasanya bukan asing lagi buat para penikmat perkongsian ilmu baik di media sosial mahupun di kaca televisyen.

Cara pembawakan mereka yang sempoi dan bersahaja membuatkan ramai yang gemar mendengar ceramah yang disampaikan terutamanya golongan muda.

Namun begitu, menerusi video yang tular di media sosial, ramai yang terhibur melihat telatah dua orang ustaz ini apabila Dr Izhar secara tiba-tiba terk3jut mendengar suara sergah4n Ustaz Abdullah Khairi.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @Farhanbaekk itu mendapat perhatian ramai dan ditonton lebih dari sejuta viewers kurang dari sehari dimuat naik.

Dalam video berkenaan Ustaz Izhar kelihatan menepuk perlahan bahu rakannya di sebelah kerana terkejut mendengar sergahan Ustaz Abdullah.

Selain daripada mereka berdua Ustaz Haslin Bollywood dan juga Ustaz Azhar Idrus juga dilihat terbabit sama dalam ceramah yang berlangsung  di Daerah Hulu Terengganu.

Nasib kawan sebelah tak melatah

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut sama terhibur dengan momen ‘epik’ itu kerana ramai yang tahu trandemark Ustaz Abdullah Khairi tiap kali memberi ceramah sebagai satu langkah menghilangkan rasa mengantuk buat para hadirin yang hadir di majlis ilmu seperti itu.

Memang tak ada nak belakon dia bagi penampo t

Buat hilang mengantuk

Banyak kali ulang masih berdekah

Memang marah ustaz, siap dih3mpuknya member

Sumber: TikTok @farhanbaekk

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*