[VIDEO] Anak Siti Sarah peluk wanita mana? Ramai syak bakal ibu tiri

VIDEO anak perempuan Allahyarham Siti Sarah iaitu Dzahira Talita Zahra memeluk seorang wanita mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram arw4h Sarah, Talita, 9, dilihat begitu mesra memeluk wanita yang identitinya dirahsiakan.

“Aunty kesayangan teman Dekta (Talita) kerja.

“Kalau tiada aunty, tak nak kerja. Nasib baik aunty tak sibuk… rajin melayan,” tulis pengendali akaun tersebut pada ruangan kapsyen.

Wajah wanita berkenaan bagaimanapun tidak kelihatan dengan jelas apabila ia disunting dengan meletakkan emoji.

anak shuib22Shuib bersama tiga orang anaknya Uwais, Matin dan Talita.

Namun menerusi ruangan komen, netizen mula berteka-teki dan nama pelakon Wan Sharmila disebut sebagai wanita dalam video berkenaan.

“Macam Wan Sharmila.

“Macam Wan Sharmila bulu mata lentik begitu,” komen netizen.

Sebelum ini menerusi temubual bersama mStar, Shuib mengaku sedang berkawan rapat dengan seorang wanita namun hubungan tersebut belum s3rius.

Malah dia juga sudah mendapat lampu hijau daripada ibunya untuk mencari teman pengganti.

anak shuib 2Ayash yang dilahirkan secara pembedah4n ketika usia kandungan arw4h Sarah lapan bulan.

Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Selain Talita, mereka juga dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang baru berusia 6 bulan.

Ayash dilahirkan secara pembed4han ketika arw4h Sarah dimasukkan ke h0spital akibat jangkit4n C0vid-19.

Siti Sarah meningg4l dunia pada 9 Ogos 2021 di PPUKM, Kuala Lumpur.

Video:

Sumber:mstar