Bapa baru meningg4l, 3 beradik sempat buat video trend TikTok sebelah j3nazah

Siapa yang tidak s3dih apabila insan tersayang m3ninggal dunia? Macam-macam cara dibuat untuk meluahk4n kesedih4n termasuk berkongsi perasaan menerusi platform media sosial.

Namun kec0h apabila satu video menunjukkan tiga gadis dipercayai adik-beradik membuat rakaman di sebelah j3nazah bapa mereka.

Menerusi video berdurasi 18 saat itu, ia menunjukkan trend ‘sebelum dan selepas’ yang menjadi ikutan di media sosial.

Rakaman ‘sebelum’ pada Oktober 2021 menunjukkan ketiga-tiga mereka sedang menari ketika duduk, dan seorang lelaki dipercayai bapa mereka berdiri di belakang.

Ia disusuli rakaman ‘selepas’ iaitu pada Februari 2022 di mana ketiga-tiganya memakai tudung dan berjubah dengan kedudukan sama, namun kali ini berdiri bersebelahan dengan j3nazah bapa mereka.

Di akhir video, ketiga-tiga mereka kemudian berpaling ke arah j3nazah yang telah ditutup dengan kain kapan.

“Rasa sekejap sangat bersama papa. Perginya papa pada hari Jumaat setelah bertarung 33 hari di ICU (unit rawat4n r4pi).

“Semoga syurga tempatmu papa bersama para hambaNya yang soleh. Amin,” tulisnya menerusi keterangan video, tanpa mendedahk4n lokasi rakaman.

trend tiktok jenazah ayah 3Tangkap layar video mengikut trend media sosial ‘sebelum dan selepas’.

Berdasarkan semakan, bapa mereka menghid4p k4nser tahap empat dan sebelum ini menjalani kem0terapi.

“Hargailah mereka selagi ada. S4kit dan s3dih yang terdalam. Terima kasih Allah berikan kami ayah terhebat! Kami akan menyusulmu. Al-Fatihah untuk papa,” tambahnya.

Video yang dimuat naik di aplikasi TikTok pada awal pagi Isnin itu menimbulkan pelbagai reaksi dengan rata-rata netizen menyifatkan rakaman bersama j3nazah yang dibuat mengikut trend media sosial itu sebagai tidak sensitif.

“Macam mana boleh teringat nak video ni waktu tengah s3dih.”

“Aku tak boleh brain, dia mampu buat TikTok kat sebelah j3nazah.”

“Ayah saya m3ninggal bulan 10 tahun lepas. Tak pernah terfikir nak buat macam ni. Nak tengok gambar-gambar dia waktu s4kit atau sihat pun saya tak mampu lagi,” demikian antara komen-komen netizen.

komen trend jenazah ayah compile B

Antara komen-komen netizen.

Susulan dik3cam ramai, video tersebut bagaimanapun telah dipad4mkan daripada akaun TikTok yang mempunyai lebih 91,000 pengikut.

Dalam pada itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada Januari 2021 memberi penjelasan berhubung pertanyaan tentang menyebar video orang yang telah m3ninggal dunia yang dirakamkan bagi tujuan kenang-kenangan dan dikongsi di media sosial.

“Tidak sepatutnya bagi seseorang muslim itu menyebar video atau gambar si m4ti di dalam media sosial atau kepada masyarakat umum. Ini kerana ia bertent4ngan dengan etika dan akhlak bagi seorang muslim.

“Selain itu, perbuatan itu juga boleh mengundangkan kepada fitn4h dan perasaan tidak selesa terhadap keluarga si m4ti. Bahkan ia juga perlu dihentikan daripada terus tersebar dengan kadar segera.

“Namun, perbuatan menyebarkan video atau gambar tersebut diharuskan bagi tujuan tertentu untuk menjaga kebaikan dan manfaat bagi pihak yang berautoriti dengan syarat mendapat keizin4n pihak keluarga serta menjaga a1b si m4ti,” menurut penjelasan ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke 540: Hukum Merakam Video Orang Yang Meninggal Dunia.

Sumber:mstar