Pendekar Comel! Eyra Hazali Kongsi Gambar Anak Keduanya

Pelakon Eyra Hazali,23, terbuka untuk berkongsi beberapa gambar anak lelaki keduanya iaitu Muhammad Endra Haqimie bersempena sebulan kelahirannya di platform lnstagram perkongsian di antara Eyra dan suami.

Instagram tersebut menggunakan nama @hes.journal dimana kebanyakkan gambar yang disajikan adalah gambar anakanda mereka berdua.

Menerusi perkongsian beberapa gambar yang dimuatnaik, terlihat Endra digayakan dengan beberapa jenis pakaian yang bertema seperti cengkerang telur yang retak dibaluti pembalut emas, Harry Potter, Pendekar Melayu dan beberapa lagi yang lain.

Tidak terlepas juga beberapa pujian manis yang diberikan oleh pengikut Eyra sendiri di ruangan balas.

Sekadar info, selain Muhammad Endra Haqimie, Eyra juga telah dikurniakan cahaya mata sulungnya iaitu Muhammad Hayder Khalish pada 2020.

Eyra Hazali sah bergelar isteri kepada penjaga gawang gol bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Haziq Nadzli, 24.

Komen netizen:

sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*