Pasangan ‘pelawak’ mohon dana awam untuk bayar ikat j4min RM40,000

Pasangan yang dit4han p0lis baru-baru ini atas dkwaan mengh!na Islam dikatakan meminta dana umum bagi membolehkan mereka diikat jamin.

Minta dana nak bayar ikat jamin.

Menerusi laporan dari Malaysiakini, pasangan kekasih, Siti Nuramira Abdullah, 26 dan Alexander Navin Vijayachandran, 38 terpaksa menggunakan kaedah ini untuk membayar wang ikan jamin sebanyak RM40,000 kerana kekangan kewangan bagi membayar jumlah yang agak tinggi.

Setakat ni RM3,000 sudah diterima.

Peguam mereka, Peguam R Sivaraj juga berkata, setakat ini mereka hanya berjaya mengumpulkan RM3,000 yang dikumpulan hasil sumbangan peguam, NGO dan orang awam.

Mereka ada simpanan dalam bank, tetapi mereka di penj4ra, jadi mereka tidak dapat akses kepada akaun masing-masing.
“Jiran mereka (yang menjadi penjamin) juga berkata tidak dapat buat apa-apa, mereka mahu keluarkan menggunakan kad kredit tapi mereka tidak tahu nombor pin,” katanya.

Dalam pada itu, peguam berkenaan juga menyatakan yang mereka masih mencari platform yang sesuai untuk memudahkan urusan pemulangaan semula sumbangan penderma yang bermurah hati selepas k3s ini selesai.

Terdahulu, pasangan kekasih itu dit4han susulan satu persembahan k0mediri di sebuah kelab komedi di Kuala Lumpur tular apabila wanita berusia 26 tahun itu membuka baju secara tiba-tiba.

Lebih membuatkan warganet serta banyak pihak mar4h adalah pengakuan wanita itu yang merupakan seorang Muslim dan menghafaz 15 juzuk al-Quran sebelum kejadian membuka baju itu berlaku.

Dia dan pasangannya telah dit4han reman untuk membantu siasatan selepas video-video mereka tular di media sos!al.

Sumber: Malaysiakini (Hidir Reduan Abdul Rashid)

Via omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*