Berjaya Jadi Penggusti Terbaik Asia Tenggara, Undrtaker Tampil Beri ‘Warn!ng’ Kepada Shaukat.

Bagi sejumlah besar individu yang membesar pada tahun 90-an serta awal tahun 2000, pastinya anda cukup tahu kemeriahan industri gusti WWE yang menampilkan pelbagai nama besar seperti The R0ck, St0ne C0ld Steve Austin, K@ne dan juga Und3rtaker.

Impak daripada industri gusti ini bukan sahaja membuatkan sukan ini mempunyai jumlah peminat yang ramai, malah turut membuatkan segelintir individu berminat untuk menceburinya.

 

Itulah yang terjadi buat Ayez Shaukat F0nseka atau lebih dikenali sebagai Shaukat untuk meneruskan impian beliau menjadi ahli gusti profesional negara. Lebih membanggakan, penggusti berusia 34 tahun ini turut dilamar menyertai Reality Of Wrestling yang dikendalikan oleh Booker T dimana ia tampil dengan imej bertanjak.

Terbaharu, sebuah pencapaian besar buat dirinya dan industri gusti tanah air apabila Undertaker selaku legenda sukan guusti profesional dan juga merupakan individu yang menginspirasikan Shaukat untuk bergusti tampil dengan sebuah video ringkas menerusi TikTok @coachshaukat dalam mengucapkan tahniah serta memberi ‘am4ran’ kepada beliau.

Untuk pengetahuan, Undert4ker mengucapkan tahniah kepada Shaukat bukan sahaja atas kejayaan beliau untuk penggusti malah Shaukat turut dilabel sebagai penggusti terbaik Asia Tenggara dan lebih membanggakan, beliau tampil dengan inisiatif membuka syarikat gusti tersendiri yang bertempat di Kota Damansara.

Di sebalik ucapan tahniah yang dibuat Undert4ker dengan penuh karisma dan berkarakter, para netizen nampaknya lebih tertumpu dengan ‘am4ran’ Undert4ker terhadap Shaukat. Tidak kurang juga yang memaklumkan akan terus menyokong perjuangan Shaukat sebagai ahli gvsti profesional tanah air.

Kejayaan yang diperoleh Shaukat jelas menunjukkan Malaysia turut mempunyai bakat tempatan dalam industri gvsti tanah air. Semoga dengan pembukaan APAC Wrestl!ng bakal membuka ruang kepada mereka yang mahu bergusti secara profesional menyertainya sekaligus menjadi batu loncatan untuk melebarkan sayap ke negara luar.

Lengkap Bertanjak, Kemunculan Shaukat Di ‘Reality Of Wrestling’ Buat Peminat Gvsti Tempatan Bangga.

Impian ahli gusti profesional negara, Ayez Shaukat Fonseka akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau mendapat perhatian syarikat pr0duksi Hollywood yang melamarnya untuk terbabit dalam enam episod rancangan Reality of Wrestl!ng.

Menurut Ayez, rancangan itu akan disiarkan di saluran The CW dan ia kali pertama dia mendapat tawaran sebegitu malah bersyukur kerana diberi kepercayaan besar oleh pihak luar untuk memegang watak sebagai hero.

Berdasarkan temubual Shaukat dengan Harian Metro, bagi mengetengahkan identiti Malaysia, Ayez tampil dalam rancangan itu dengan memakai tanjak dan jaket songket ditempah oleh Paul Carling, pereka pakaian dari Sarawak yang banyak menghasilkan busana pertandingan Ratu Cantik di Borneo.

Menurut Shaukat beliau telah menerima tawaran itu sejak dua tahun lalu namun terp4ksa menangguhkan hasrat untuk ke sana memandangkan ada kekangan untuk mendapatkan kelulusan visa disebabkan pandemik C0vid-19.

Beliau telah ke Amerika Syarikat (AS) pada awal bulan selama dua minggu bagi menjayakan rakaman yang diadakan di Stadium World Gym Arena, Texas.

Berkongsi pengalamannya, Ayez mengakui terharu kerana mendapat layanan baik oleh semua pihak yang menjayakan rancangan malah gembira kerana turut diundang Dr Tom Prichard, jurulatih legenda WWE, The R0ck untuk mengajar kelas seni lak0nan di Knoxville, Tennessee, AS.

 

Penampilan bertanjak beliau yang lain daripada yang lain ternyata menerima sambutan yang baik daripada penonton dan perlawanan pertama beliau adalah menentang J0nathan J Vega.

Beliau menang dalam perlawanan ini dan menurut pengulas, Shaukat mempunyai ‘auranya’ yang tersendiri apabila berada di dalam gelanggang. Rata-rata peminat serta rakan selebriti tempatan turut berbangga dengan pencapaian Shaukat di pentas antarabangsa.

Booker T sebelum ini pernah berkata Shaukat mempunyai bakat tersendiri dan berminat untuk membawanya menyertai Reality Of Wrestling.

Terdahulu Ayez Shaukat pernah terbabit dalam telefilem Budak Lorong serta berlakon filem Juv4na 2 dan Juv4na 3 dan menjadi watak utama dalam filem GiIa Guusti. Kini impian Shaukat untuk menyerlahkan bakatnya di Amerika Syarikat telah terlaksana. Tahniah buat Shaukat!

Sumber vocket

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*