[VIDEO] Rakaman Rossa Sera & Puteri Sarah tular, dilabel ‘wanita hebat’

Dua wanita hebat itulah antara gelaran dilabelkan buat personaliti media sos!al, Rossa Sera dan pelakon, Puteri Sarah Liyana apabila kemunculan mereka bersama ini mencuri tumpuan ramai di media sos!al.

Melalui satu rakaman video yang dikongsikan ini, warga TikTok meninggalkan bermacam-macam komen selepas gelagat dua wanita hebat itu bergandingan bersama dalam satu video membuatkan ramai cukup kagum.

Mana tidaknya, kisah mereka yang bukanlah rahsia lagi mencetuskan ramai mengharapkan agar kedua-dua wanita berkenaan kuat menjalani kehidupan disamping menjadi inspirasi buat isteri yang mengalami nasib yang sama.

Melihatkan pula kemunculan Rossa Sera dan Puteri Sarah Liyana bersama itu selain ditinggalkan ribuan tanda suka, rakaman itu juga mencetuskan warganet memberikan semangat buat mereka untuk terus berjuang kerana mendapat sokongan ramai.

 

Hantaran video tersebut membuatkan ruangan komen dipenuhi dengan reaksi warganet khususnya wanita yang mengelarkan mereka sebagai wanita hebat manakala kata netizen buat Rossa Sera bahawa dia dilihat sebagai seseorang yang jenis lemah lembut namun tegas dari dalam.

Dalam pada itu, Puteri Sarah pula dikatakan seseorang yang memang nampak tegas manakala auranya dalam video berkenaan turut dirasai yang mengundang rasa terkedu netizen.

Sumber HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*