Suria FM KERUGlAN RM50,000 Disebabkn Fizi Ali. Akhirnya DJ Lin B0ngkar Cerita Apa Yg Dilakukan Oleh Fizi.

Kuala Lumpur: Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin mendedahkan stesen radio itu terpaksa menanggung kerugian lebih RM50,000 apabila bekas penyampainya, Fizi Ali mengambil keputusan untuk meninggaIkan stesen radio itu pada saat-saat akhir.

DJ Lin berkata, Fizi sepatutnya memaklumkan perkara itu lebih awal supaya segala persiapan menuju pr0gram Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang bakal diadakan di empat lokasi bermula 6 Ogos ini tidak berlaku pembaziran wang ringgit serta menyusahkan masa orang lain.

“Banyak perkara sudah kami ranc4ng lebih awal dan sudah maklumkan kepada penyampai-penyampai Suria FM. Malah kami sudah berkampung dari awal pagi hingga lewat malam untuk penggambaran video jelajah ini.

“Di Suria FM kami menerapkan nilai kekeluargaan dan ia sangat penting. Jadi bila sebut mengenai kekeluargaan ia membabitkan kerja berpasukan dan saling hormat antara satu sama lain. Ahli keluarga tidak akan menyakiti ahli keluarga yang lain.

Jadi bila semua yang diranc4ng dah hampir siap dan hanya tinggal pr0ses penyuntingan, tiba-tiba dimaklumkan salah seorang penyampai ambil keputusan untuk tinggalkan Suria FM atas tawaran yang lebih hebat, jadi saya pun nak kata apa lagi.

“Bagi saya, orang dah nak pergi dan sudah tiada hati, jangan tahan. Cuma saya kesal apabila segala perancangan untuk tempuhi tinjauan kajian radio pada bulan September dan

Oktober serta program jelajah serta material untuk platform digital untuk sokong kempen ini terpaksa dir0mbak dan dilakukan semula,” katanya ketika ditemui pada pelancaran program Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell di Shah Alam, Selangor, hari ini.

Menurut DJ Lin, stesen radio itu tiada masalah dalaman dengan Fizi, namun timbul rasa kecewa dengan tindakan yang dilakukan bekas penyampainya itu.

“Masalah dalaman memang tiada. Cuma saya rasa sedih dan kesal apabila segala perancangan tidak berjalan dengan baik dan ia menyusahkan kami. Saya rasa sangat bersalah dan minta maaf kepada rakan penyampai dan pekerja saya.

Ketika dia dapat tawaran di sana pihak kami ada minta dia untuk mempertimbangkan tawaran itu sehingga habis program jelajah Suria FM ini… Salah satunya kita sudah rancang dan membabitkan kos yang dikeluarkan.

“Namun dia maklumkan terpaksa menyertai stesen radio itu lebih awal walaupun dia tahu kontraknya akan diperbaharui selain bersetuju untuk terbabit dalam rangka promosi jejalah ini.

“Saya sedih sebab dalam keadaan kami sedang berusaha keras dan bertungkus-lumus, tiba-tiba jadi begini. Di mana nilai kekeluargaan itu?,” katanya.

Pada 26 Julai lalu, Fizi berkongsi mengenai spekuIasi bakal meninggalkan stesen itu di Instagram miliknya dan terbaharu menyertai stesen radio Hot FM bermula 2 Ogos ini.

Fizi Ali tinggalkan Suria FM.

Selepas hampir enam tahun berkhidmat sebagai penyampai radio Suria FM, Fizi Ali akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan stesen radio itu baru-baru ini.

Fizi berkata, dia mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan dan memilih untuk tidak menyambung perkhidmatannya dengan Suria FM.

“Selama enam tahun bersama Suria FM banyak kenangan manis bersama rakan-rakan penyampai dan pihak pengurusan. Suria FM banyak mendidik saya supaya menjadi individu yang lebih bekerja keras dan sentiasa mencabar diri melakukan perkara baharu.

“Walaupun keputusan ini sangat berat untuk dilakukan, tapi sudah tiba masanya saya mencuba sesuatu yang baru selepas ini. Doakan semoga urusan saya dipermudahkan,” katanya.

Ditanya mengenai khabar angin mendakwa dia bakal menyertai stesen radio Hot FM, Fizi bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu.

“Selain bergelar penyampai radio saya mahu mengintai peluang dalam dunia pengacaraan. Saya teringin nak hoskan sebuah program TV. Sebelum ini memang ada tawaran tapi disebabkan kekangan masa bekerja membuatkan saya terpksa tolak,” katanya.

Fizi memulakan kerjayanya di stesen radio itu pada Julai 2016 bergandingan dengan Zulin Aziz dan Halim Othman mengendalikan segmen Ceria Pagi Suria.

Sebelum menamatkan perkhidmatannya, Fizi mengendalikan segmen Team Pagi Suria bersama dua rakan penyampai, Ajak Shiro dan Suraya Borhan.

Sumber: Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*