Meerqeen dan Anna Jobling terkej0t, diserbu peminat Indonesia di lapangan terbang

Baru-baru ini, pelakon Meerqeen dan Anna Jobling meluahkan rasa terkejut apabila mereka telah dis3rbu oleh sekumpulan peminat Indonesia selepas mereka mendarat di lapangan terbang Soekarno Hatta, hari ini.

Dilap0rkan, peminat fanatik dua selebriti itu telah berkampung di lapangan terbang itu seawal subuh dan menurut salah seorang dari kelab peminat Anna, mereka hanya mengetahui tarikh kedatangan dua pelakon itu tanpa mengetahui masa sebenar ketibaan mereka.

Difahamkan juga, Meerqeen dan Anna hadir ke Indonesia atas urusan kerja dan akan menetap di sana selama empat hari bagi jemputan temubual media, sesi bertemu peminat dan beberapa jemputan program TV di Trans TV dan Trans 7.

Susulan itu, Meerqeen dan Anna tidak menyangka ramai peminat akan hadir ke lapangan terbang itu dan Anna turut menerima pelbagai hadiah sempena ulang tahunnya, hari ini.

“Memang saya menerima banyak mesej di Instagram mahu bertemu di lapangan terbang, namun tidak menyangka mereka hadir dengan sepanduk dan banyak hadiah hari jadi,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Meerqeen turut mengakui dia berasa gugup dan tidak keruan apabila dia secara tiba-tiba dikelilingi oleh para peminat pada ketika itu.

“Drama Melur Untuk Firdaus memang menaikkan nama kami dan memberi impak besar dalam karier lakonan saya. Terima kasih buat semua peminat yang tidak pernah berhenti menyok0ng gandingan kami,” kata Meerqeen.

Untuk info, drama bersiri Melur Untuk Firdaus yang disiarkan di TV3 telah melabuhkan tirai pada bulan lalu dan ia berjaya mendapat sambutan hangat di Asia Tenggara terutamnya di Indonesia.

Malah, drama tersebut mendapat lebih 11 juta tontonan di Malaysia sekaligus mencetuskan fenomena baharu sehingga berjaya mengumpul 2.7 billion tanda pagar tontonan di Tikt0k.

Sumber omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*