Anak Dah Mula Tercari-cari Abam – Ali Puteh

Adik Abam iaitu Ali Puteh berkata, anak arw@h abangnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan sudah mula tercari-cari bapanya setelah empat hari pemergian Allahy@rham.

Malah katanya anak Abam itu lebih banyak diam dan tidak meragam termasuk kakak iparnya yang juga balu arw@h, Siti Nurhidayah Mohd Ali juga banyak mendiamkan diri.

“Anak arw@h sudah mula tercari-cari bapanya. Sudah hari keempat, kakak ipar lebih banyak diam. Begitu juga dengan anaknya yang tidak meragam. Dia sama macam Abam yang banyak diam.

“Cuma, dia sudah mulai tercari-cari sebab sampai sekarang rumah sentiasa dipenuhi orang menziarah. Dari pagi sampai malam. Mungkin dia pun hairan kenapa setiap hari ramai orang. Tapi, disebabkan dia masih kecil jadi tidak tahu apa yang berlaku,” ujarnya dipetik sebagai berkata pada Harian Metro.

Dalam pada itu, Ali teringat pesanan terakhir yang diterima daripada arw@h supaya menjaga ibunya yang tidak sihat dan berkerusi roda.

“Arw@h pergi mengej0t tanpa sebarang pesan. Namun, minggu lalu dia ada cakap kepada emak yang jiwanya kosong dan tidak fikir apa-apa lagi. Dia juga pesan kepada emak dan sampaikan pada saya supaya banyak rehat. Jangan terlalu penat bekerja.

“Malah, minggu lalu juga dalam kumpulan Whatsapp keluarga, dia mengatakan sekarang giliran saya menjaga emak pula. Jangan lupa bagi emak makan ubat. Saya jawab, okay dan tidak ada mas@lah. Kebetulan emak sudah sebulan tinggal di rumah saya,” tambahnya. – Sumber dipetik dari Myartis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*