“Tiba Masa..Kami Akan Kongsikan Juga….” – Bella

Ditanya mengenai status hubungannya dengan bekas suami, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang kini did@kwa berbaik semula, Bella Astillah berkata yang dia tidak mahu memberikan sebarang k0men mengenai perkara itu. Menurutnya, ia adalah untuk menghorm4ti keputusan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Keluarga saya dan Aliff sudah berbincang mengenai hubungan kami. Apabila tiba masanya nanti, kami akan k0ngsikan juga. Sekarang saya tidak boleh k0ngsi apa-apa kerana mahu menghorm4ti permintaan keluarga masing-masing. Biarlah ia menjadi suatu perbincangan dengan keluarga terlebih dahulu buat masa ini,” katanya jujur.

Bintang ini ditemui di Pokok Cafe, Kuala Lumpur pada Rabu sempena majlis pelancaran produk Luxe Perfect Cover Foundation By Bella Astillah. Ditanya mengenai ada warganet yang seakan tidak bersetuju sekiranya Bella dan Aliff kembali bersatu, ini jawapan penyanyi dan pelakon ini.

“Ramai orang tidak faham dan cakap orang lain pun bercer@i serta ada anak tetapi masih boleh teruskan hidup. Biarlah beribu kali saya jelaskan, kerana mereka tidak berada ditempat saya. Orang masih ingat saya pentingkan diri sendiri.

“Kalau saya pentingkan diri, saya masih ada keluarga yang sentiasa kuat memberi nasihat dan pasti menegur jika saya buat keputusan tidak betul. Alhamdulillah, mereka sangat memahami dan nampak kebaikan terhadap apa yang saya lakukan,” jelasnya yang bakal mengeluarkan single terbaru berjudul ‘Tenang’ pada hujung bulan ini.

Terdahulu, Bella dan Aliff berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Mohamad Ayden Adrean, 2 tahun. Mereka bercer@i talak satu di Mahk@mah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada 16 Mei tahun lalu.

Sementara itu, Bella kini terlibat sebagai pengasas bersama (Co-Founder) bagi produk Luxe Perfect Cover Foundation. Produk tersebut diwakili oleh pengasasnya, Puan Wan Noramaliyana Farida. Malah, beliau mendapat sokongan dari suaminya, Tarmizi dalam membina empire Yanzi Cosmetic. – Sumber & foto dipetik dari Myartis, Media Hiburan & Instagram Bella Astillah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*