Sakinah Rancang Anak Kedua, “Takde Rezeki…Cuba Lagi”

Baru-baru ini, pelakon Sharifah Sakinah ada memuatnaik sekeping foto keputusan uj!an keham!lan iaitu negatif di laman media sosial Instagram miliknya. Dalam entri tersebut, Sakinah memaklumkan bahawa dia kini sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua bersama suaminya, Alif Adha.

“Takde rezeki. Sila cuba lagi,” tulis bintang drama bersiri ‘Girlfriend Aku Dari Ner@ka’ ini yang tetap meneruskan usaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua.

Melihat di ruangan k0men entri berkenaan, rata-rata rakan selebriti dan peminat menitipkan kata-kata sem@ngat kepada adik kepada Sharifah Shahirah ini agar bersabar dan nantikan peluang dikurniakan rezeki zuriat lagi.

Untuk makluman, Sakinah mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Alif Adha Jamil pada 28 Mac 2015. Pasangan ini turut mempunyai seorang cahaya mata bernama Anais Adha, 3 tahun. – Sumber & foto dipetik dari Myartis,  Media Hiburan & Instagram Sharifah Sakinah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*