Farid Kamil Akui Ada Kawan Jauhkan Diri

“Kawan-kawan jauhkan diri itu memang ada… itu yang saya harapkan sekarang agar mereka jauhkan diri daripada memberikan vibe negatif dalam hidup saya. Bagi mereka yang kekal bersama saya dan ada juga yang baru datang, terima kasih saya bersyukur sangat.

“Allah sudah tunjukkan dengan jelas apa yang putih dan hitam dalam hidup saya… sekarang ini saya adalah Farid Kamil yang tak sabar nak berdepan cab@ran hidup akan datang,” demikianlah kata pelakon Datuk Farid Kamil.

Terkait dengan beberapa dakw@an kes jen@yah hingga menyebabkan dia dipenjara pada tahun lalu menyebabkan Farid mula dijauhi beberapa teman rapat sebelum ini. Namun Farid berkata dia redha dan tidak berkecil hati dengan tind@kan individu berkenaan kerana enggan hidupnya terus dikelilingi aura negatif.

Pada 13 Disember tahun lalu, mahkamah membenarkan Farid menangguhkan pelaksanaan huk0man penjara sembilan bulan yang dijatuhkan terhadapnya kerana penyalahgunaan dad@h sehingga rayuannya selesai. – Sumber & foto dipetik dari Myartis, mStar, Instagram Farid Kamil & Diana Danielle

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*