Zara Zya Jawab G0SIP Dengan Azlee

Nama pelakon Zara Zya sebelum ini h@ngat diperkatakan apabila timbul desas desus mend@kwa dirinya sudah menemui pengganti dan dikatakan bercinta dengan pelakon Azlee Khairi yang kini bergandingan dengannya menerusi drama ‘Seadanya Aku’.

Zara Zya berkata dia tiada mas@lah jika ada peminat yang mahu melihat dia dan Azlee bersama dalam dunia realiti. Ujarnya lagi, dia terbuka untuk mengenali sesiapa saja memandangkan dia kini sudah kembali solo.

“Saya okey saja kepada peminat yang doakan agar kami bersama. Pintu hati saya terbuka untuk sesiapa saja, tapi tidaklah membuka ruang itu seluas-luasnya untuk orang luar mengenali saya secara dekat. Saya masih perlu pilih yang terbaik untuk dijadikan kawan. Namun buat masa ini soal cinta bukanlah hal yang menjadi keutamaan sebaliknya saya sibuk dengan kerja,” katanya.

Menurut Zara, peminat ingin melihat mereka disatukan kerana masih menyukai watak mereka dalam drama yang pernah menjadi sebutan sebelum ini iaitu ‘Love You Mr Arr0gant’: “Saya faham daripada dulu peminat memang nak saya dan Azlee disatukan tapi hakikatnya mana boleh begitu saja. – Sumber & foto dipetik dari Myartis, Harian Metro, Instagram Zara Zya & Azlee Khairi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*